Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Digelar ‘Hantu’ Kerana...

HANYA kerana dia menghidap penyakit kulit di mana kulitnya seakan-akan terbakar, seorang lelaki...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri...

Piya Harap Dapat Beraksi...

KOTA BHARU - Ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi yang semakin pulih...

Hubungan Tak Dapat Restu,...

KATA orang kalau tak ada restu keluarga, macam mana nak bahagia rumah tangga?...

ECRL: “Tahulah ‘Excited’ Tetapi Janganlah Buat Malu PMO”

KUALA LUMPUR- Warganet hari ini menegur kesilapan dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mengatakan kerajaan telah memeterai perjanjian tambahan projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan Republic of China yang secara rasmi merujuk kepada Taiwan.

Sedangkan ia sebenarnya melibatkan negara dengan China.

Selepas perang saudara pada tahun 1949 di China, kerajaan (Republic of China) kehilangan kuasa terhadap tanah besar China kepada Parti Komunis yang kemudiannya menubuhkan People’s Republic of China (PRC) dan mengawal keseluruhan tanah besar.

Hanya kawasan pula di Taiwan sahaja di bawah kuasa ROC.

“Tahulah excited nak announced before PRK Rantau esok tetapi janganlah sampai buat malu PMO. Ke sekarang memang deal dengan Taiwan pulak?” kata Najib Shaari dalam satu hantaran di Facebooknya.


Terdahulu, PMO mengeluarkan satu kenyataan media memaklumkan projek ECRL diteruskan dengan kos yang lebih rendah iaitu RM44 bilion selepas kedua-dua negara memeterai perjanjian tambahan. – MalaysiaGazette

Kategori