Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Abai Anak: Suami Isteri...

JOHOR BAHRU - Ibu bapa kepada kepada tiga kanak-kanak yang diselamatkan Jabatan Kebajikan...

KKM Siasat Pengamal Pergigian...

PUTRAJAYA: Pengamal pergigian haram boleh memberi pelbagai kesan buruk dan mengancam kesihatan masyarakat...

Warga Indonesia Berenang Ke...

SINGAPURA: Lelaki warga Indonesia yang dihantar pulang dan dilarang memasuki Singapura atas kesalahan...

KPDNHEP, MAFI Cari Penyelesaian...

JERANTUT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian...

ECRL Sedia 3,600 Pekerjaan Untuk Graduan Tempatan

KUANTAN — Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menyediakan 3,600 peluang pekerjaan untuk graduan universiti tempatan bagi tempoh lima tahun sehingga 2022.

Pengurus Sumber Manusia Malaysia Rail Link (MRL), Razi Imran Md Rashid berkata peluang pekerjaan itu akan dibuka secara berperingkat dan bergantung kepada tenaga kerja yang yang diperlukan dalam pelaksanaan projek ECRL berkenaan.

“Setakat ini, ECRL telah mengambil 600 siswazah yang telah menamatkan pengajian merangkumi empat peringkat pengambilan.

“Dua peringkat yang dijalankan membuka peluang kepada pemohon yang memiliki kelayakan diploma dan ijazah manakala dua peringkat lagi adalah kepada pemohon yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia,” katanya kepada pemberita pada Karnival Kerjaya Dari Universiti ke Industri di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UMP, Professor Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Pengarah Operasi BASF Petronas Chemicals, Dr. Jan Peter Bredehoeft.

Program dua hari itu yang bermula hari ini disertai oleh 40 syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang ditawarkan oleh UMP.


Selain MRL, turut mengambil bahagian ialah Panasonic, Sunway Integrated Propeties dan Mercedes-Benz Malaysia.

Karniva tahunan UMP itu diadakan sebagai medium kepada para pelajar universiti berkenaan untuk mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ECRL

Kategori