Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cadang PH Bawa Usul...

ALOR SETAR - UMNO Perlis mencadangkan agar parti kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa...

Beberapa Kawasan Dinaiki Air...

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di Klang dekat sini dinaiki air sehingga kira-kira...

SPRM Buka Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam...

“Salah Satu Usaha Saya...

AKIBAT teruk menerima kritikan netizen gara-gara penghasilan buku kata-kata inspirasinya, pelakon terkenal Fattah...

ECRL: Ambil Kira Harapan Rakyat Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengambil kira harapan rakyat di Pantai Timur yang mahukan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi termasuk sistem pengangkutan awam yang lebih baik sebelum membuat keputusan berhubung Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Senator Datuk Ti Lian Ker berkata jika projek itu dibatalkan, ia akan menghampakan harapan rakyat memandangkan projek itu mampu merapatkan jurang perbezaan antara Pantai Timur dan Barat Semenanjung Malaysia.

“Dengan terbinanya kemudahan pengangkutan ECRL nanti akan menjadi pemangkin pembangunan penduduk di Pantai Timur…penduduk di Pantai Timur tidak boleh terus dipinggirkan lebih-lebih lagi kalau ia adalah keputusan politik,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Beliau turut berpendapat penelitian dalam segenap aspek juga harus diberikan terhadap kajian semula pelaksanaan projek itu bagi mengelakkan pembiayaan yang jauh lebih tinggi berbanding kos projek jika ia dibatalkan.

“Pembatalan projek ECRL akan membawa kerugian yang lebih besar dari segi tuntutan ganti rugi dan berbilion lagi untuk memulihkan kawasan terbabit di mana kerja telah dijalankan,” jelasnya.

ECRL, projek bernilai RM81 billion yang meliputi jarak 688km menyambungkan Pelabuhan Klang, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan dilancarkan tahun lepas dan dijangka siap pada 2024.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas menjelaskan bahawa kajian masih dilakukan sama ada projek sokongan China seperti ECRL yang menelan belanja berbilion ringgit ditunda atau diteruskan menerusi cara lain.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ECRL

Kategori