Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Muslim: Dua Kali Diserang...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles TAWARAN untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Vietnam selama...

2 Lagi Jemaah Haji...

MAKKAH - Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu...

Mercedes Malaysia Catat Rekod...

Pernah terfikir berapa banyak kereta mewah yang boleh dijual di Malaysia dalam satu...

Teringat Arwah Ibu Ayah,...

KUALA LUMPUR: Suasana seisi dewan menjadi syahdu apabila penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng, 25,...

ECRL: 70 Peratus Bahan, Pekerja Rakyat Tempatan

PUTRAJAYA – Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina Malaysia menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa negara China memonopoli ekonomi Malaysia.

Presiden Gabungan Persatuan Hokkien Malaysia, Tan Sri Tee Hock Seng berkata misalnya 70 peratus bahan mentah dan pekerja yang terlibat dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang dimajukan syarikat milik negara China, China Communications Construction Company Limited, adalah daripada sumber tempatan.

“Ada laporan menyebut China menghantar rakyatnya bekerja dalam projek ini. Itu tidak betul.

“Orang tempatan kita yang bekerja (dalam projek itu), lebih 70 peratus adalah orang kita. Mereka hanya hantar orang mereka yang ada kaitan dengan kepakaran teknologi,” katanya selepas majlis makan tengah hari dihoskan Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi Perdana Menteri, di Seri Perdana, di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah; Pengerusi Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Datuk Vincent Lau Lee Ming dan Presiden Persatuan Perniagaan China-ASEAN, Tan Sri Lim Gait Tong.

Tee, yang juga pengarah urusan Bina Puri Holdings Bhd., syarikat yang terlibat dengan projek ECRL, berkata isu itu adalah antara perkara dibincangkan dengan Najib pada majlis berkenaan, yang berlangsung selama kira-kira sejam.

Sementara itu, Lim berkata pelaburan China di Malaysia akan mencetuskan kesan domino terhadap ekonomi.

“Ada aliran wang masuk dari China. Apabila mereka buka syarikat, mereka perlukan juruaudit, peguam tempatan…semua ini akan merangsang ekonomi dan mewujudkan banyak pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata usaha China meluaskan dan melebarkan Laluan Sutera bersejarah dalam Inisiatif satu Jajaran Satu Laluan (OBOR) memberi momentum baharu kepada perdagangan dan pelaburan, yang merentasi rantau Asia, Afrika dan Eropah.


Oleh itu, kata Lim, sentimen antiChina adalah tidak baik sama sekali bagi Malaysia dan ASEAN, manakala pendirian yang diambil sesetengah kumpulan ahli politik dan mereka yang bersifat perkauman itu boleh memberi mudarat terhadap kelangsungn hubungan baik antara China dan Malaysia.

“Adalah berbahaya bagi Malaysia mengambil pendirian yang bercanggah dengan trend global masa lalu dan masa akan datang. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mengundi bagi kestabilan dan hubungan baik dengan China secara berterusan,” kata Lim.

Sementara itu, Pheng, berkata anggota 20 NGO Cina yang hadir pada majlis itu juga bersetuju dengan pendapat Najib tentang betapa pentingnya hubungan baik antara China dan Malaysia diteruskan.

“Masyarakat Cina mengalu-alukan kedatangan pelabur dari China yang membantu mempercepatkan proses pembangunan infrastruktur dan ekonomi negara,” katanya.

Pheng berkata dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, kaum Cina perlu mempunyai wakil yang kuat dalam kerajaan.

“Sangat penting setiap kaum ada wakil kuat dalam kerajaan, kalau ada wakil, apa jua masalah mudah diatasi,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ECRL

Kategori