EAEC Perlu Dihidupkan Semula – Mahathir

TOKYO – Inisiatif Kaukus Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi menangani perlindungan perdagangan yang semakin meningkat oleh negara seperti Amerika Syarikat, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Amerika Syarikat kini sudah kembali semula kepada pemencilan. Oleh itu kita perlu menimbang pembentukan EAEC secara lebih serius,” katanya pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa depan Asia atau Persidangan Nikkei kali ke-24, di sini pada Isnin.

Dr. Mahathir yang mengilhamkan EAEC pada 1997, berkata cadangan zon perdagangan bebas perdagangan serantau itu juga meliputi negara seperti India dan negara lain di Asia Tengah.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia juga mahu mempunyai pengeluar baharu kereta. – BERNAMA