Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lembu Mutan 2 Kepala...

SEEKOR anak lembu mutan dilahirkan berkepala dua di China. Haiwan itu dilahirkan dalam keadaan...

Bakar Kereta JPJ Mungkin...

NIBONG TEBAL - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menolak kemungkinan kejadian lima kenderan...

7 Mei Keputusan Saman...

KOTA BAHARU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 Mei bagi...

Tapak Lain Akan Ganti...

KUALA LUMPUR - Satu tapak baharu yang lebih baik untuk menggantikan tapak bazar...

Yakin Tunai Janji Serah Jawatan PM Kepada Anwar

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan memenuhi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dipersetujui sebelum ini.

“Pastinya apa yang Tun (Dr Mahathir) katakan telah ada persefahaman dengan Datuk Seri (Anwar) dan Tun akan memenuhi janji-janji yang telah dibuat.

“Saya sebagai sebahagian pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan perjanjian itu dan saya yakin Tun akan lakukan seperti mana yang beliau katakan, jadi tiada masalah, sampai waktunya kita akan tahu nanti,” katanya.

Pengarah Strategi jawatankuasa pimpinan nasional Parti Amanah Negara itu berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra promosi tempat makan sebagai kawasan larangan merokok yang berkuatkuasa di seluruh negara bermula hari ini.

Pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hujung minggu lalu, beberapa perwakilan parti itu dilaporkan mencadangkan supaya Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya sehingga PRU-15 akan datang, bukan hanya bagi tempoh dua tahun. – BERNAMA

Kategori