Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mercedes-Benz Malaysia Jangka Catat...

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd berada di landasan untuk mengatasi jualan...

Tian Chua, Ambiga, Marina,...

KUALA LUMPUR - Sebelum ini heboh portal propembangkang membuat cerita kononnya ramai pemimpin...

Nicol David Kandas Di...

KUALA LUMPUR - Juara dunia lapan kali, Datuk Nicol David tersingkir daripada Kejohanan...

Pembangkang Berjaya Beri Tekanan...

KUALA LUMPUR - Pembangkang hari ini memberi tekanan kepada kerajaan berhubung Rang Undang-Undang...

Duti Eksport Minyak Sawit Mentah Ditangguhkan

SANDAKAN – Duti eksport minyak sawit mentah ditangguhkan bermula 1 Mei hingga 31 Disember depan, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.

Beliau berkata, penangguhan duti itu dijangka mampu menggalakkan eksport minyak sawit ke luar negara, selain ke pasaran baharu.

“Kementerian menyambut baik syarikat pengeluar dan pengeksport menggunakan peluang ini untuk mengeksport minyak sawit.

“Dengan cara ini, kita akan dapat memberi manfaat kepada pekebun kecil kelapa sawit,” katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Penanam Sawit di Sandakan, Sabah, malam tadi.

Dalam pada itu, Kok berkata beberapa pasaran baharu negara lain juga berminat mengimport minyak sawit, termasuk benua Afrika, Arab dan Rusia.

“Namun, semua itu perlukan masa untuk dijalankan, dan berharap dengan duti percuma ini akan mengalakkan lebih banyak eksport minyak sawit,” katanya.


Mengenai dialog itu, Kok berkata antara masalah yang dihadapi oleh penanam sawit ialah harga rendah, tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan cukai.

Beliau berkata, antara langkah yang perlu diambil untuk menangani isu itu ialah memberikan gambaran yang jelas tentang manfaat minyak sawit, khususnya di pasaran Eropah.

Kategori