Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

EasyTaxi: 3 Kenderaan Persendirian...

SEPANG - Tiga kenderaan persendirian tidak berlesen untuk mengambil penumpang di sekitar Lembah...

Sanggup Beri Wang Untuk...

Gombak : Seorang ibu sanggup menemani anaknya yang juga penagih dadah di rumah...

Polis Buru Suspek Samun...

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang suspek kes samun melibatkan sepasang warga...

Kerosakan Aset PDRM Di...

KOTA BHARU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengganggarkan kerosakan aset Polis Diraja Malaysia...

Masa Dah Cukup, Kang Chol Tinggalkan Malaysia

KUALA LUMPUR – Duta Korea Utara, Kang Chol yang diisytiharkan ‘Persona Non Grata’ oleh kerajaan Malaysia dilihat meninggalkan kediaman kedutaannya di Bukit Damansara, petang tadi.

Kereta yang membawa Kang Chol dilaporkan keluar dari kediaman kedutaan pada jam 3.55 petang sebelum sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 4.40 petang tadi.

Duta Korea Utara Dijangka Tinggalkan Malaysia Petang Ini

Kang Chol dijangka akan meninggalkan negara ini melalui satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada jam 6.30 petang, hari ini.

Beliau difahamkan masih berada dalam negara walaupun tempoh untuk meninggalkan negara ini akan tamat jam 6 petang ini.

Duta Korea Utara Dijangka Tinggalkan Malaysia Petang Ini


Kerajaan Malaysia menuntut Kang Chol membuat permohonan maaf selepas membuat tuduhan berkaitan proses siasatan penyiasatan terhadap warga Korea Utara yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

Beliau mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa Malaysia mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan dan bersekongkol dengan kuasa luar untuk memburukkan negaranya.

Persona Non Grata diterjermahkan secara kasarnya sebagai ‘Orang Yang Tidak Dihargai’ iaitu seseorang yang diisytiharkan sedemikan dilarang masuk atau terus berada di sesebuah negara. Ia adalah bentuk kecaman yang paling serius yang boleh dikenakan ke atas seorang diplomat asing. – MYNEWSHUB.CC

Kategori