Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu KXP: Bina Lapangan...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Kerajaan Persekutuan menindas mana-mana negeri...

Insiden Bom Iktibar Bahaya...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada serangan pengganas ke atas...

Polis Rampas 13.2 Gram...

SANDAKAN - Polis merampas 13.2 gram syabu selepas menahan seorang lelaki berusia 37...

Hasil Mesyuarat Trump-Xi Akan...

KUALA LUMPUR – Dagangan ringgit minggu depan akan amat dipengaruhi oleh hasil pertemuan...

Durian J-Queen Dijual Pada Harga RM4,000 Sebiji

MAHAL… Kepada para ‘peminat tegar’ buah durian, berapakah yang anda sanggup belanjakan untuk nikmati Raja Buah itu? RM100? RM200? Bagaimana pula kalau RM4,000 untuk sebiji sahaja?

Baru-baru ini, penjualan sejenis durian di Jawa Barat, Indonesia menarik perhatian ramai peminat buah itu. Laman berita antarabangsa Guardian melaporkan, durian J-Queen itu dikatakan sangat jarang ditemui di tempat lain.

Ia malahan dijual pada harga 14,000,000 rupiah (kira-kira RM3,950) atau tiga kali ganda gaji bulanan purata rakyat negara terbesar rantau Asia tenggara itu. Namun penemu jenis durian pelik ini menegaskan beberapa faktor.

Ini turut membuatkan J-Queen agak ‘tajam’ pada dompet si pembeli. Durian jenis istimewa ini didakwa berbuah di pohonnya tiga tahun sekali. Setiap pohonnya itu dikatakan hanya mampu berbuah paling banyak sekitar 20 biji.

“Pohon durian ini hanya saya yang punya dan tidak diperjualbelikan bibitnya selama ini,” kata lelaki tempatan tersebut yang cuma mahu dikenali sebagai Aka dalam wawancara eksklusifnya dengan wartawan laman tersebut.

Menurut Aka, seorang lulusan psikologi berusia 32 tahun, durian jenis J-Queen itu juga merupakan hasil kacukan pelbagai jenis durian yang baik di seluruh Indonesia, lantas memberikannya ciri-ciri yang sangat baik.

“Niat saya ingin tingkat kesejahteraan para petani dengan cipta durian unggulan. Saya selama ini memiliki kebun durian di Kendal, Pekalongan, Banyumas, Pangandaran, dan Gunung Tanjung, Manonjaya, Tasikmalaya,” tambah.


Menurut laporan akhbar ternama tempatan, Kompas, ciri-ciri baik yang terdapat pada J-Queen termasuk bentuk bulatan sempurna serta rasa yang unik seperti mentega kacang, dengan rasa manis dan pahit yang seimbang.

Meskipun demikian, para petani tempatan mendakwa mereka belum pernah dengar durian jenis J-Queen ini, dan sebaliknya berpendapat jenis durian terunggul di Indonesia ialah jenis Montong dan Kumbokarno.

Ia kelazimannya setakat ini berjaya dijual pada harga 200,000 rupiah (kira=kira RM58). – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori