Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Warga Jepun Obses Lumut...

UNIK... Kaori Shibo kelihatan membongkok memerhatikan sebuah pokok menerusi kaca pembesar di dalam...

Melaka Kekal Destinasi Pelancongan...

MELAKA - Jumlah kemasukan kenderaan ke Melaka yang mencatatkan peningkatan bagi tempoh tiga...

Enam Sekeluarga Tinggal Sehelai...

SIK - Enam sekeluarga dari Kampung Namek dekat sini tinggal sehelai sepinggang selepas...

Jumlah Kematian Letupan Paip...

MEXICO CITY - Jumlah kematian akibat letupan paip minyak meningkat kepada 85, kata...

DUN Selangor Puji Laporan Keluarga Pelajar Tahfiz

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh memuji sebuah portal berita tempatan kerana melaporkan ahli keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Beliau yang pernah didakwa terlibat dalam gerakan Kristian oleh ahli akademik tempatan berkata, media Malaysia memerlukan laporan seperti itu kerana kebakaran sekolah tahfiz melibatkan isu keselamatan kanak-kanak dan tidak boleh ditutup begitu sahaja.

“Malaysia perlukan media seperti ini yang akan terus memberi liputan, mencari kebenaran bagi isu yang telah berlalu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau turut memuatnaik laporan portal berita berkenaan di Facebook beliau.

Portal berita berkenaan melaporkan salah seorang ahli keluarga mangsa kebakaran pusat tahfiz itu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap JAWI dan pihak pengurusan tahfiz atas tuduhan cuai.


Dalam kejadian pada 14 September lalu, seramai 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz itu terkorban, manakala enam pelajar cedera apabila terperangkap dalam kebakaran pada pukul 5.15 pagi.

Siasatan polis bagaimanapun mendapati kejadian itu berunsur sabotaj yang bermotifkan dendam sebelum menahan enam remaja berumur antara 12 dan 18 tahun yang disyaki terlibat dalam kebakaran itu. -MYNEWSHUB.CC

Kategori