Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Si Cilik Bersemangat Pelajari...

SETIAP kali malam kecuali Jumaat, kira-kira 70 kanak-kanak dan remaja berkumpul di gelanggang...

Ismail Sabri Hadir Melawat...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiba di Institut Jantung...

Zulfarhan Osman Seorang Aktif...

JOHOR BAHRU - Sepupu kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),...

Malaysia Catat Kes Harian...

PUTRAJAYA - Malaysia pertama kali melaporkan kes harian COVID-19 melebihi 11,000 kes apabila...

Dulu Tuduh Najib Jual Negara, Tapi Kini…

SINDIR… Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan terhadapnya yang dikatakan konon jual tanah di Malaysia sewaktu memerintah negara ini adalah tidak benar.

Justeru beliau memberitahu, pelbagai tohmahan jahat diterima dirinya termasuk dituduh pemimpin dan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) sebagai pernah membenarkan ramai warga asing cuba mengambil alih negara ini.

“Mungkin tuhan hendak tunjuk (kebenaran), apa yang mereka (pihak PH) fitnah saya dulu, kini satu demi satu mereka akhirnya terpaksalah mengaku (dakwaan tersebut adalah tidak benar).

“Najib jual negara! Sampai bila kita nak jual dan gadai tanah kita?, Undur Najib! Warga asing dah ambil alih Malaysia! Selamatkan Malaysia!” sindir Najib dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Ahli Parlimen Pekan dan mantan menteri kewangan itu mengulas mengenai perangkaan semasa negara yang menunjukkan jumlah hartanah dimiliki warga asing di seluruh negara setakat ini tidak lebih pun satu peratus.


Pendedahan itu dibuat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bahawa kerajaan BN telah menetapkan nilai ambang lebih RM1 juta pada Mac 2014 jika warga asing ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Bagaimanapun, kata Ketua Wanita PKR itu, kerajaan negeri masih lagi mempunyai hak dan bidang kuasa buat pindaan terhadap nilai ambang itu, sekali gus menyebabkan berlaku ketidakseragaman dalam dasar berkenaan.

Kenyataan beliau tersebut sekali gus membuktikan dakwaan jahat dilemparkan jentera kempen PH konon Najib ‘jual’ tanah di Malaysia kepada warga asing adalah fitnah untuk hasut rakyat benci BN. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori