Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mahkamah: Kerabat Arab Saudi...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Datuk Seri Najib...

Apa Dah Jadi.. Dua...

Apakah perasaan anda jika menemui sebuah lagi kereta yang bukan sahaja sama model...

Rumah Ibadat Bukan Islam...

KUALA LUMPUR - Rumah ibadat bukan Islam di zon hijau COVID-19 dibenarkan beroperasi...

Lebih 60 Maut Tanah...

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara...

Dulu Bila JV Tuduh BN Jual Negara, Kata Najib

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertikaikan keputusan kerajaan membenarkan syarikat China Communications Constructions Company Ltd. (CCCC) menubuhkan syarikat usahasama dengan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dengan perkongsian 50:50.

Usahasama itu akan melibatkan proses membina, mengendali dan menyelenggara projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menurut Najib, Pakatan Harapan (PH) selama ini sering menuduh Barisan Nasional menjual negara dan maruah Malaysia sekiranya mereka mengadakan sebarang usahasama dengan China.

“Masa 49 peratus kepentingan Proton oleh syarikat swasa kepada syarikat China, BN dituduh jual negara serta jual maruah Malaysia.

“Agak apa akan berlaku jika pada masa itu saya umumkan mahu jual 50 peratus kepentingan dalam KTM (Keretapi Tanah Melayu Bhd.) kepada syarikat China?

“Sudah tentu, BN akan dituduh sebagai jual negara, jual maruah Malaysia dan menjejaskan keselamatan negara kerana membenarkan infrastruktur pengangkutan penting jatuh ke tangan asing.

“Hari ini, PH memberikan kepentingan 50 peratus dalam syarikat MRL yang akan mengendalikan operasi ECRL kepada negara China sedangkan ini tidak pernah dibenarkan di bawah BN,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.


Pagi tadi, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan sidang media yang memperincikan butiran perjanjian tambahan (SA) yang telah dimeterai oleh MRL dan CCCC pada Jumaat lalu di Beijing.

Antara yang diumumkan adalah penubuhan syarikat kerjasama tersebut.

Menurut Mahathir, kerjasama dengan China itu akan mengurangkan beban kewangan kerajaan Malaysia terutama melibatkan kos operasi dan penyelenggaraan.

China katanya akan memindahkan teknologi kepada Malaysia di samping berkongsi risiko operasi ECRL. – MalaysiaGazette

Kategori