Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ini Jadi Popular...

SEKARANG ni nak jadi popular bukan suatu perkara yang sukar sekiranya anda seorang...

Suami Anita Rafar Meninggal...

SUAMI kepada pelakon Anita Rafar, iaitu Datuk Zainal Osman Mohd. dilaporkan meninggal dunia di...

Kerja 45 Jam Seminggu...

Berkuat kuasa pada 1 September ini, pindaan kepada Akta Kerja 1955 akan menyaksikan...

Wanita Australia Terselamat Daripada...

SHAH ALAM - Seorang wanita warga Australia terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah...

Duit Simpanan Hampir Habis, 6 Bulan Puteri Tiada ‘Job’

SELAMA enam bulan, pelakon Puteri Aishah terpaksa menggunakan wang simpanannya untuk menampung kos kehidupan bersama ibunya disebabkan tidak menerima tawaran lakonan.

Bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu mendakwan bahawa sekitar Oktober lalu telah berehat sebentar daripada dunia lakonan untuk jaga ibunya yang jalani pembedahan buang rahim akibat menghidap kanser ovari tahap empat.

“Pada mulanya saya ingin berehat sebulan sahaja untuk fokus ibu saya yang menjalani pembedahan buang rahim Oktober lalu,” kata pelakon berusia 24 tahun itu dipetik daripada portal mStar Online.

Namun, dia tidak menyangka bahawa sejak bulan Julai hingga penghujung tahun lalu, dia langsung tidak menerima apa-apa tawaran. Malah, wang simpanannya juga semakin berkurangan sehingga merisaukan dirinya dan ibunya.

Bagaimanapun, rezeki telah menyebelahi Puteri apabila dia telah menerima tawaran bagi membintangi beberapa drama tempatan bermula pada Januari lalu sehingga September depan.

Bukan itu sahaja, graduan Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Kolej University Poly-Tech MARA Kuala Lumpur itu turut telah dilantik sebagai duta kempen raya TV3 bagi menjayakan beberapa siri promosi sekitar bulan Ramadan dan Syawal ini.

Selepas Aidilfitri ini, Puteri bakal muncul dalam filem Pulang yang merupakan lakonan pertamanya di layar perak sejak membabitkaan diri dalam dunia seni sekitar empat tahun lalu.

Filem berkenaan merupakan kisah sebenar kehidupan Ketua Pegawai Eksekutif Primework Studio, Datuk Ahmad Izham Omar yang akan diarahkan oleh Khabir Bhatia.

Selain Puteri, pelakon lain yang bakal membintangi filem berkenaan ialah Remy Ishak, Azrel Ismail, Puteri Balqis dan ramai lagi.


“Alhamdulillah, masuk Januari sudah ada tawaran drama dan sekarang jadual sudah penuh semula.

“Ibu saya juga risau saya di rumah sahaja sehingga tanya kenapa saya tidak kerja,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku itu turut bersyukur kerana kesihatan ibunya kini bertambah baik selepas selamat menjalani pembedahan sekitar Oktober lalu.

Sebagai generasi muda, Puteri turut menitikberatkan tentang penjagaan kesihatan diri dengan cara bersenam bagi mencegah sebarang penyakit berbahaya.

“Saya bersenam setiap hari bukan sebab ingin kurus atau cantik tapi mahu kesihatan yang baik. Doktor sendiri menasihatkan agar kami adik beradik jaga kesihatan.

“Kita cuma mencegah kerana penyakit kanser boleh disebabkan dari keturunan,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori