Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peguam Najib Jalankan Pemeriksaan...

Peguam Najib Razak dijangka menjalankan pemeriksaan balas terhadap pakar jejak pengubahan wang haram...

Isteri Boy Iman ‘Perang...

SEJAK semalam, tular rakaman di laman Facebook memaparkan suasana kecoh dalam satu sidang...

Seniwati Hashimah Yon Buat...

KUALA TERENGGANU - Seniwati Hashimah Yon dari Singapura menyambut Aidiladha dan sekali gus...

Skim Sewa Beli PPR...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan sistem ‘sewa dan beli’...

Duet Dengan Dayang, ‘Haram’ Tunaikan Impian Hael

SETIAP orang pasti mempunyai satu impian yang sudah lama tersimpan, tidak kiralah sama ada ia akan menjadi kenyataan ataupun sekadar angan-angan sahaja.

Namun, bagi pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32), Hael Husaini, impiannya untuk berduet dengan penyanyi pujaannya, Dayang Nurfaizah telah menjadi kenyataan ketika malam Anugerah MeleTOP 2018 (AME2018), Ahad lalu.

Seperti insan biasa, Hael juga mempunyai rasa gementar pada mulanya dia ingin ‘melamar’ Dayang, tetapi disebabkan keinginan yang membuak-buak, penyanyi lagu Jampi itu tetap bertekad untuk mencapai impiannya.

“Saya hanya mencuba nasib, namun tidak sangka impian untuk berkongsi rasa dalam satu akhirnya menjadi kenyataan. Saya sangat berbesar hati apabila pengurusan Dayang bersetuju menjayakan projek istimewa ini.

“Walaupun berdepan kekangan masa, Dayang begitu profesional. Dia komited dalam menjayakan projek ini, sekali gus membantu kelancaran proses rakaman. Begitu juga ketika penggambaran video muzik, Dayang memberikan komitmen terbaik,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Hael dan Dayang telah menyampaikan lagu Haram, hasil ciptaan Ezra Kong dan Hael sendiri dengan baik pada malam tersebut.


Bagaimanapun, lagu berkenaan masih belum lagi dilancarkan di mana-mana platform muzik.

Namun, Jumaat ini merupakan tarikh penting bagi Hael apabila lagu berkenaan bakal dilancarkan menerusi laman YouTube dan beberapa platform digital yang lain.

Sebab utama mengapa judul lagu berkenaan Haram ialah disebabkan ia dijadikan sebagai simbolik kepada keseluruhan jalan cerita lagu berkenaan.

“Ia menggambarkan keutuhan cinta pasangan kekasih, membuatkan mereka berikrar untuk ‘mengharamkan’ hati dan cinta singgah kepada insan lain. Itu yang saya dan Ezra cuba sampaikan dalam lagu ini,” ujarnya lagi.

Persembahan memukau mereka pada AME2018 itu telah mencuri tumpuan ramai penonton kerana kedua-duanya telah memberikan yang terbaik dalam nyanyian mereka. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori