Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pharmaniaga Bekal, Edar 200,000...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd, Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd,...

Lelaki Tanpa Penis Dah...

SEORANG lelaki dari Manchester, United Kingdom yang tidak mempunyai alat sulit mengakui sudah...

KL2017: Atlet Johor Dapat...

JOHOR BAHRU – Atlet Johor yang menyumbangkan pingat kepada negara pada temasya Sukan...

Pemberian Vaksin COVID-19 Hampiri...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,815,575 dos pertama dan kedua vaksin sudah diberikan setakat...

Dua Menteri Turun Padang Pantau Pemulihan

BANDAR SUNWAY – Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada malam tadi mengadakan tinjauan mesra dan sesi libat urus bersama sektor peruncitan di pusat beli belah Sunway Pyramid.

Program ini dihadiri YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bersama YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Tinjauan pada malam tadi bertujuan melihat status terkini pemulihan sektor peruncitan selepas semua sektor ekonomi dibuka pada Jun lalu selaras dengan keputusan mesyuarat EAC yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri yang menyarankan pemantauan prestasi pemulihan ekonomi negara dilaksanakan di peringkat akar umbi.

Umumnya sektor peruncitan mengalami kesan yang teruk akibat pandemik COVID-19 khususnya pada Mac, April dan Mei lalu.

Namun kini terdapat petunjuk-petunjuk yang jelas keadaan kembali pulih.


Data terkini daripada Persatuan Pengurusan Kompleks pada bulan Julai menunjukkan hampir 90 sehingga 95 peratus premis peruncitan kembali beroperasi dengan mencatatkan jumlah pengunjung sehingga 80 peratus.

Satu sesi libat urus turut diadakan bersama wakil sektor peruncitan antaranya Malaysia Retailer Association (MRA), Malaysia Retailer Chain Association (MRCA) dan Malaysian Association of Amusement Theme park & Family Attractions (MAAFTA) bagi mendapatkan maklum balas yang jelas mengenai keadaan semasa sektor peruncitan terutamanya dalam fasa pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Hadir sama, YBhg. Dato’ Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, YBhg. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. – Mynewshub.TV

Kategori