Dua Jam Jalan Kaki Ke Balai Lepas Dihalau Suami

TIADA arah tuju selepas dihalau suami menyebabkan seorang wanita mualaf berjalan kaki selama dua jam sambil mendukung anak lelakinya ke balai polis.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Nur Fatihah, 28, dan anaknya yang berusia dua tahun dihalau oleh suami dari rumah mereka di Taman Koperasi Polis Fasa 1.

Mangsa yang kehilangan tempat bergantung itu, berjalan kaki sejauh 5 kilometer sebelum tiba di Balai Polis Setapak, lapor Harian Metro.

gambo3

Menurut sumber polis, mangsa dan anaknya ditemui dalam keadaan letih dan meminta bantuan dari anggota yang berada di balai polis berkenaan.

Mangsa merayu agar dibenarkan berteduh di balai itu buat sementara waktu dan akan beredar pulang ke rumah bapanya di Tanjung Sepat, Klang, Selangor pada awal pagi.

Kejadian itu dimaklumkan kepada Ketua Polis Balai Setapak, Asisten Superintendan Wee Bee Seng yang kemudiannya mengarahkan anggotanya membawa mangsa dan anaknya ke Hotel Swiss Cottage, Setapak, bagi memboleh mereka menginap di situ.

Anggota polis yang simpati di balai tersebut turut menghulurkan bantuan serta barangan keperluan seperti lampin bayi, susu, pakaian dan makanan kepada dua beranak itu selepas dihantar ke rumah keluarganya, semalam. – MYNEWSHUB.CC

Loading...