Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ayuh Gempitakan Stadium Nasional...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan...

Pesawat Hawk Tentera Udara...

DUBAI - Pesawat tentera udara diraja Arab Saudi dilaporkan terhempas ketika mengadakan sesi...

PAC Panggil 2 Kementerian,...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memanggil dua kementerian dan dua...

BR1M Tetap Perlu Walaupun...

KUALA LUMPUR - Konsep Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh diperbaiki dan ia tetap...

Dua Beradik Ditemui Mati Lemas Di Pasir Mas

PASIR MAS – Dua beradik ditemui mati lemas selepas dihanyutkan air Sungai Pasir Peroh, di sini, ketika berkelah dengan keluarganya di Kampung Galok, di sini, petang semalam.

Mayat kedua-dua mangsa, Muhammad Zulfitri Nor Zahri, 11, dan adiknya, Nur Afifah, 8, ditemui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Mas yang membuat operasi mencari malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohamad Nazri Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.04 petang semalam mengenai kejadian berkenaan.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan seramai lapan pegawai bomba diketuai Pegawai Kanan Bomba II, Adnan Muhamad Juri bergegas ke lokasi kejadian.

“Pencarian awal di permukaan sungai sehingga pukul 7.30 malam gagal menemui mangsa dan disebabkan keadaan gelap, pencarian ditangguhkan,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya selepas membuat analisis risiko dan bahaya, operasi diteruskan semula pada pukul 9 malam dengan bantuan tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan bomba sukarela.

Hasil pencarian itu, kanak-kanak berkenaan ditemui di dasar sungai, masing-masing pada pukul 9.55 dan 10 malam di lokasi terakhir dilihat, katanya.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibuat pengecaman oleh anggota keluarga sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.


Sementara itu, bapa kedua-dua mangsa, Nor Zahri Mohamad, 38, berkata dia tidak menyangka permintaan anak sulungnya untuk ke sungai sebelum bermula sesi persekolahan adalah petanda dia akan kehilangan dua anak sekali gus.

Katanya Muhammad Zulfitri baru sahaja pulih daripada berkhatan dan minta kebenarannya untuk mandi di sungai bersama lima lagi adiknya sebelum dibawa ibunya, Syarmila Sutirman, 39.

“Saya sebenarnya tiada di tempat kejadian ketika itu dan dimaklumkan Muhamad Zulfitri cuba menyelamatkan adiknya, Nur Afifah yang lemas terlebih dahulu sebelum kedua-duanya lemas.

“Apa yang saya tahu kawasan berkenaan agak dalam kerana dijadikan tempat mengorek pasir di samping berlaku air pasang,” katanya yang menerima dengan reda kejadian berkenaan.

Menurutnya, jenazah kedua-dua anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pahang, di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori