Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Janna Nick Tak Matang,...

SEBELUM ini, timbul gosip menyatakan Janna Nick telah menghasut pengarah Michael Ang supaya tidak...

Remaja Dibuli Hingga Meninggal...

Rusia – Ia merupakan detik-detik yang menyayat hati apabila seorang remaja berusia 17...

Aktiviti Cegah Wabak Denggi...

KUALA LUMPUR - Masyarakat dinasihatkan supaya melakukan aktiviti pencegahan wabak denggi sempena menjelang...

Bina Reban Terapung Ikhtiar...

KEMAMAN – Pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan penternak bagi menyelamatkan haiwan ternakan mereka...

DSV Diberi Tempoh Seminggu Penuhi Tuntutan Aishah

KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) diberi tempoh tujuh hari, bermula hari ini oleh Juara Gegar Vaganza musim lepas, Wan Aishah Wan Ariffin untuk memenuhi dua tuntutan yang dikemukakan melalui peguam yang mewakilinya berkaitan dengan isu pemberian hadiah berlian palsu selepas menjuarai pertandingan GV4.

Pada sidang akhbar hari ini, Aishah bersama peguam dari Tetuan Khairul Mukhtar & Izwan Azmi memberitahu, dua tuntutan yang dibuat terhadap DSV dinyatakan dengan jelas seperti di bawah.

Tuntutan pertama, seutas rantai berlian asli dengan nilai setara dengan RM80,000 seperti yang direpresentasikan dan dihebohkan oleh DSV.

Tuntutan kedua, permohonan maaf secara terbuka kepada Aishah atas representasi salah yang telah dibuat dan dihebohkan berkenaan dengan rantai berlian tersebut.

Pada majlis sidang akhbar yang sama, Aishah juga memaklumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada episod kedua Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang akan diadakan pada Ahad ini walaupun diminta berbuat demikian oleh pihak stesyen penyiaran yang berkenaan.

“Saya tidak akan hadir pada GV5 Ahad ini kerana jika jemputan yang dikeluarkan terhadap saya itu bertujuan untuk meletakkan saya bersebelahan dengan DSV sebagai cara penyelesaian untuk saya berbincang, rasanya ruang itu amat tidak sesuai dan tidak munasabah.

“Jangan saya diperlekehkan oleh penganjur utama GV5 yang mahu menjadi orang tengah untuk pertemuan di antara saya dengan DSV,” kata Aishah.

Menurut anak seni yang telah 31 tahun menjalani kehidupan sebagai anak seni, tuntutan yang dikemukakannya ke atas DSV adalah untuk dijadikan satu pengajaran kepada penganjur dan bakal penaja di luar sana agar ada satu Standard Operation Procedure (SOP) apabila tampil untuk menaja sesuatu persembahan.

“Pengajaran ini juga untuk rakan-rakan artis yang lain supaya berani menyuarakan hak kita seperti mana yang dijanjikan oleh pihak penaja.

“Dan dalam SOP juga perlu ada satu had masa atau time frame yang munasabah bilakah hadiah yang dijanjikan, diserahkan dan jangan dijadikan satu amalan biasa dalam kalangan para penganjur berpotensi untuk menidakkan apa yang dijanjikan.


“Had masa dalam SOP itu pula biarlah sekurang-kurangnya sebelum musim penganjuran akan datang,” ujarnya.

Jelas Aishah lagi, tidak ada motif atau niat lain dalam apa yang dilakukannya hari ini sebaliknya tindakan yang diambil adalah atas dasar prinsip dan untuk dijadikan satu pengajaran, jangan mempergunakan nama artis untuk menjual produk atau iklan kerana cara sebegini tidak betul.

Mengakui frasa yang dilaluinya dalam menuntut hak yang dijanjikan tetapi tidak ditunaikan, Aishah tertekan tetapi tekanan yang dihadapinya itu, dilalui dengan baik.

“Malang bagi kami artis-artis yang bergerak sendiri untuk mendapatkan keadilan.

“Saya ambil tindakan ini selepas 10 bulan berlalu dengan bantuan firma guaman.

“Kalau ikutkan memang malas untuk buat apa yang saya buat ini tetapi perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan,” katanya yang tidak mahu melihat artis boleh dibuli dengan mudah.

Menjawab soalan pemberita berhubung satu lagi penganjur yang tidak mengotakan janji memberi sebidang tanah lot banglo, beliau bersama peguam sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan kolektif. – UTUSAN ONLINE

Kategori