Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sanggup Lukis Tatu Restoran...

Glasgow – Hanya kerana ingin bapanya menikmati hidangan kari percuma di sebuah restoran...

Kenapa PKR Takutkan Saya?...

DALAM nada kecewa, penceramah yang juga ahli akademik Universiti Pertahanan, Dr Ridhuan Tee Abdullah...

Making your skin bright...

Composing essays may become a waterloo for a number of pupils. When you...

Kerap Bermain TikTok, Suami...

JAKARTA: Gara-gara sering bermain TikTok, seorang wanita di Jakarta dirantai oleh suaminya bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan aplikasi tersebut, lapor laman berita Suara.com.Video yang tular itu dikongsikan seorang pengguna dengan nama @ann***.Si suami sudah tidak tahan sangat la tu.

Drebar Teksi Demo Di Putrajaya 2 Hari Bantah PH

KECEWA… Ribuan pemandu teksi bakal mengadakan demonstrasi aman di Putrajaya bagi bantah cadangan kerajaan ganti bas di stesen transit aliran ringan (LRT) dengan perkhidmatan Grab.

Penasihat syarikat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, pihaknya bersama pengusaha dan pemilik syarikat teksi lain akan mengadakan perbincangan untuk mengadakan demonstrasi aman.

Dalam sidang akhbar di ibu negara  hari ini, beliau berkata pertemuan itu berlangsung pada Isnin ini sebelum mereka berhimpun di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu pada Rabu dan Khamis minggu depan.

“Kami merancang mengadakan demonstrasi di Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan bagi membantah cadangan terbabit yang akan menutup rezeki pemandu teksi yang majoritinya orang Melayu,” katanya.

Shamsubahrin menyatakan demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita tempatan mengenai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua sedang mengadakan perbincangan dengan Grab bagi tujuan itu.


Demonstrasi berkenaan ujar beliau, dijangka membabitkan kira-kira 3,000 pemandu teksi yang akan berarak dari beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang terus menuju ke Putrajaya bagi luah protes terhadap usaha Grab tersebut.

“Kami akan mendapatkan permit daripada pihak polis untuk mengadakan demonstrasi ini selepas pertemuan antara pengusaha teksi pada Isnin ini,” kata Shamsubahrin lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • Teksi

Kategori