Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penyakit Jantung Kekal Sebab...

KUALA LUMPUR - Penyakit jantung kekal sebagai sebab utama kematian di kalangan rakyat...

PAS Alu-Alukan Amanah Bertanding...

KOTA BHARU - PAS hari ini mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding...

Kisah Saman Sivil Jabatan...

1. Pertama, ia bukan saman sivil atau pendakwaan terhadap 1MDB atau Perdana Menteri...

Suami Isteri Maut Kebakaran...

KUALA LUMPUR - Kes pasangan suami isteri yang maut dalam kebakaran sebuah rumah...

Drama Simpati Mahathir Konon Jet Dirosakkan BN

SANDIWARA…. Setelah populariti dirinya semakin merudum, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi bermain drama demi meraih simpati wayang terbaharu lebih dahsyat ala filem aksi Hollywood!

Lakonan mantap Pengerusi Pakatan Harapan yang tidak diperakui Jabatan Pendaftar Pertubuhan itu, kali ini berlaku di Langkawi, pulau peranginan antarabangsa popular di Kedah yang bakal ditandingi beliau.

Mungkin ramai masih belum lagi lupa, pada 17 April lalu, Mahathir membuat lawak dengan kata konon kedai roti mewah miliknya, The Loaf tidak akan lingkup kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

Tidak logik sungguh, kedai roti muflis terpaksa tutup semua 12 cawangan seetelah lebih 12 tahun beroperasi pun hendak disalahkan kepada Najib, seolah-olah pemimpin negara kita mengarahkan rakyat boikot premis tersebut.

“Kalau Najib tidak lagi jadi perdana menteri dan ekonomi negara baik, The Loaf mampu hidup dan bertahan tetapi apabila pilih pemimpin seperti Najib, bukan sahaja The Loaf, kedai besar juga akan tutup,” dalih Mahathir.

Sebelum itu, Mahathir sudah cipta ‘skrip drama simpati’ apabila dipetik dalam portal propembangkang popular Malaysiakini pada 6 April lalu dengan menyatakan “Tunggu saya dibunuh, baru polis, tentera hendak sedar?”

Dua tiga hari lepas, Mahathir kata ada kononnya cubaan untuk menghalangnya daripada hadir penamaan calon. Kemudian ada lagi cerita konon ada calon akan disabotaj dan sebagainya. Ini semua cerita rekaan dan tidak betul.

Hari ini, paling kelakar sekali. Mahathir yang selalu menaiki jet peribadi eksklusif bebas terbang ke sana sini, telah membuat tuduhan jahat kononnya pesawat eksekutif itu rosak akibat disabotaj oleh pihak lain. Ini cerita karut.

Beliau bijak berlakon untuk hasut rakyat benci Barisan Nasional (BN) konon sebagai pihak yang bertanggungjawab merosakkan jet beliau. Namun itulah skrip drama simpati yang sedang Mahathir lakonkan sekarang dengan jayanya.

“Saya sepatutnya sudah lama sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang pesawat dapat kesan awal, jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas.

“Kemudian saya cuba minta pinjam pesawat kawan-kawan namun mereka tidak dapat meminjamkan kepada saya kerana telah dihalang pihak tertentu, tapi syukurlah ada seorang rakan yang sudi pinjamkan pesawatnya itu.


“Dapatlah juga saya sampai ke Langkawi untuk majlis ini dan proses penamaan calon esok,” kata Mahathir di hadapan pengundi kaum Cina dan India di Hotel De Baron, dekat Kuah, Langkawi pada jam 5 petang hari ini.

Kali ini benar-benar lawak, tuduhan Mahathir ini sudah keterlaluan. Pengundi yang dengar pun ada yang tersenyum dan geleng kepala sahaja apabila dengar cerita beliau ini, maknanya mereka tahu Mahathir sedang berbohong.

Selama ini jet itu tidak pernah rosak pun, tiba-tiba boleh rosak pula sekarang. Ingat lagi semasa himpunan haram Bersih 5, Mahathir pergi Sudan, dan terbang balik naik jet sama untuk terus pergi demonstrasi itu. Tidak rosak pun?

Pelik sungguh. Samalah isu kedai roti The Loaf, tiba-tiba dekat Pilihan Raya Umum (PRU) ini juga Mahathir hendak tutup. Kedai roti lingkup salah Najib, jet peribadi lingkup salah Najib, lepas ini semua isu hendak salahkan Najib?

Sebenaranya inilah sebahagian “black propaganda” yang sudah Mahathir rancang masa PRU ke-14 bulan depan. Apabila Ketua PAS Langkawi umum masuk bertanding juga di kerusi Parlimen itu, Mahathir sudah mula cuak.

Semalam, PKR Cabang Langkawi bergolak hanya kerana Mahathir bertanding atas logo parti tersebut. Sebelas daripada 16 bilik gerakan PPBM pun tutup kerana protes pada Mahathir yang ‘lompat kerusi’ dari tanah besar.

Jadi apa lagi Mahathir boleh buat? Kalah sudah pasti. Jadi terpaksalah reka cerita karut dan #FakeNews begini untuk raih simpati rakyat. Terbukti mereka jaguh buat berita fitnah dan tohmahan jahat sepanjang masa!

Jangan terpedaya dengan drama dilakonkan Mahathir kerana ini semua #HarapanPalsu semata-mata. Rakyat kena teguh bersama BN #HebatkanNegaraku bukan terpengaruh kisah Mahathir ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori