Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

FAM Fokus Struktur Pembangunan...

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu persatuan bola sepak negeri...

Kes Cecah 4,000, Khairy...

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dijangka mengadakan satu sidang akhbar...

SOJC 2017: Skuad Remaja...

JOHOR BAHRU – Nasib malang terus menimpa skuad remaja kebangsaan apabila tewas 1-2...

PRN: DAP Masih Tunggu...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP masih menunggu persetujuan daripada rakan...

Drama Silap Fakta, Pengarah ‘Monalisa’ Mohon Maaf

BARU-BARU ini, drama rantaian arahan Shahrulezad Mohameddin berjudul Monalisa teruk dikritik malah dihentam netizen secara berjemaah apabila terdapat kesilapan fakta.

Ia berikutan tindakan seorang pengguna Twitter berkongsi satu adegan bagaimana doktor mengesahkan pesakit mengalami hilang ingatan menerusi kaedah imbasan x-ray yang jelas bercanggah dengan perubatan sebenar.

Sedar isu tersebut menjadi bahan perbualan ramai, pengarah drama tersebut telah tampil memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung apa sebenarnya yang berlaku.

BARISAN PELAKON DRAMA MONALISA.

Menurut Shahrul Ezad, dia mengakui berlaku kecuaian dalam pembikinan drama tersebut sehingga terdapat babak hospital yang dipertikaikan penonton.

Jelasnya, perkara itu terjadi ekoran pihaknya tidak meminta nasihat dan rujukan daripada mana-mana ahli dalam bidang perubatan.

“Ini adalah kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Bila saya rujuk kepada pengarah bersama Uchee Fukada, dia mengaku kecuaian. Bila tanya dia ada refer mana-mana nasihat tak sebelum shoot?

“Dia jawab dia ada rujuk kepada penulis skrip. Sekali lagi saya tepuk dahi sebab yang kau tanya penulis skrip itu buat apa? Dia orang bukannya doktor.

“Diorang sendiri pun kadang-kadang tak faham apa yang diorang tulis. Main bantai translate daripada episod asal dari Korea Selatan,” jelas Shahrul Ezad dipetik mStar Online.


Pun begitu, kata Shahrul Ezad, dia akui mendapat pelbagai pengajaran berharga selepas insiden itu antaranya ialah tidak boleh mengambil mudah dengan perkara tersebut.

Monalisa merupakan adaptasi drama Korea “The Women’s Room” yang mengetengahkan sebuah kisah percintaan rumit dan dibintangi oleh Zara Zya, Nazim Othman, Mona Allen, Hafreez Adam, Shah Jaszle serta Amyza Aznan.

Drama ini mempunyai 80 episod dan ditayangkan pada Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 petang menerusi saluran Astro Prima. – MYNEWHSUB.CC/AM

Kategori