Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sate Buaya Kini Popular...

APABILA sebut sahaja China, umum mengetahui rakyat negara itu cukup gemar menjamah makanan pelik...

TNB Terus Inisiatif Pulihara...

REMBAU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan inisiatifnya memulihara habitat kelip-kelip di sepanjang...

Tanah Runtuh: Mayat Keempat...

GEORGE TOWN - Mayat keempat mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya...

Fadillah Sambut Baik Hasrat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya menyambut baik hasrat Ketua Menteri Pulau Pinang...

Drama Gaduh Kekasih Curang, Marketing Tak Real?

ZAMAN sekarang ni, untuk nak jadi popular pun sudah senang. Buat je sesuatu yang memalukan, confirm tidak lama lepas tu mesti famous!

Namun, ada juga sesetengah kafe cuba untuk promote perniagaan di kedai mereka sendiri dengan cara membuat ‘drama pergaduhan’. Tidak semua tau, tapi ada sesetengah sahaja!

Terkini pagi ini kecoh apabila seorang pengguna laman Facebook, Senyum Sokmo telah memuat naik sebanyak tiga rakaman video ‘pergaduhan’ pasangan kekasih di sebuah kafe yang terletak di Pasir Gudang, Johor.

Seorang wanita dilihat telah menyerang kekasihnya yang berada di Jom Lepak Cafe & Bistro, kononnya si lelaki itu asyik ke sana kerana ingin meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Mereka juga bermain game Mobile Lagend dan dalam masa yang sama kafe tersebut mempunyai staff yang cantik. Patutlah naik angin si makwe lelaki ni!

“Kau datang sini sebab perempuan ke apa? Hari-hari nak lepak sini sebab perempuan ke apa?” soal wanita tersebut dengan nada garang dan tegas.

Aduhai… Takkan lah datang kafe pun nak ada kaitan dengan perempuan?

Tapi yang tak gentle apabila si lelaki itu langsung tidak bangun daripada tempat duduknya dan hanya menghalang dengan menjerit sahaja. Tak real lah bro.

“Aku lepak sini main game kenapa kau nak bising? Dah dah dah weh!” katanya sambil duduk di kerusi tanpa cuba untuk menenangkan keadaan.

Akibat tak puas hati, wanita tersebut terus keluar daripada kafe itu namun dia berpatah balik menuju ke meja kekasihnya sambil menyimbah air ke baju pelayan kafe itu.

Bukan biasa kalau gaduh-gaduh ni simbah air dekat muka ke? Kenapa simbah dekat baju? Tak cukup ‘gempak’ pula apabila simbah kat baju je.

Walaupun dah berlaku insiden simbah air, lelaki itu masih duduk di kerusi dan berdiam diri. Biasa kalau gaduh betul-betul mesti dah bangun kan.

Haihh… Mesti tak banyak tengok siri dramalah ‘pelakon’ ni semua.

Akibatnya ruangan Facebook kafe tersebut menyaksian ramai netizen mencemuh cara marketing pelik kafe itu yang nampak tak real. Laaaa. netizen mahu aksi lakonan gred A rupa-rupanya!


Sampai tiga orang pelayan tunggu dekat meja tu. Elok pula waktu tu tengah pegang dulang berisi air.

Tapi betul ke itu cuma lakonan marketing kafe tersebut? Atau mereka memang bergaduh betul-betul?

Dulu, King Koko buat hal berlakon konon bergaduh dengan customer yang lain. Yang ni pula nak buat gaya pasangan kekasih bergaduh.

Baca: Upah King Coco Berlakon Gaduh, Kafe Dikritik Netizen

Bagi netizen yang ‘kaki drama’, mesti mereka dapat menilai cara dan mutu ‘lakonan’ mereka ini. Sama ada ia benar atau hanya palsu.

Kalau betullah ia cuma lakonan, ternyata kafe itu telah memalukan nama kafe mereka sendiri. Kenapa kena promote dengan cara yang memalukan?

Banyak lagi strategi yang boleh dilakukan. Bukan dengan cara buat drama swasta pasangan kekasih bergaduh.

Minta-minta lah lepas ni tak ada lagi mana-mana individu yang menjalankan perniagaan, jangan buat cara marketing macam ni.

Bukan hanya memalukan, malah menjatuhkan maruah si pelakon itu pula. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori