Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KAFA Perjelas Isu Tunggakan...

KOTA BHARU - Pendedahan berhubung kegagalan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa...

Tun M Tayang Kereta...

MEGAH... Selepas bangga mampu ada kereta mewah Bufori dengan plat khas Patriot 2020,...

Sabitan Kes Bawah Atipsom...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak...

Video: Siling Klinik Taiping...

TAIPING - Operasi Klinik Kesihatan Taiping di Jalan Tupai, di sini, terganggu petang...

Dr. Zakir Naik Seorang Yang Bijak, Tak Promosi Keganasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pendakwah terkenal Dr. Zakir Naik sebagai seorang yang bijak sambil menafikan ilmuan Islam itu mempromosikan keganasan.

Ahmad Zahid berkata pemantauannya terhadap syarahan-syarahan Dr. Zakir di beberapa negara serta tindakan Kanada dan United Kingdom tidak membenarkannya memasuki negara-negara berkenaan tidak memperlihatkan beliau mempromosikan keganasan.

“Ini semua saya ada maklumat yang diperoleh, tetapi beliau tidak bermaksud mempromosikan keganasan dan sebagainya. Kita melihat penganugerahan Tokoh Maal Hijrah kepadanya dua tahun lalu adalah kerana sumbangan beliau terhadap agama Islam.

“Cuma beliau dilihat seolah-olah mempertikaikan agama lain. Kajian beliau adalah mengenai perbandingan agama dan walaupun beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau adalah terhadap menyampaikan pengetahuan mengenai agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sasaran Penting peringkat Kebangsaan 2016, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pendirian kerajaan dalam memberikan anugerah Tokoh Maal Hijrah pada 2013 kepada penceramah tersebut yang dituduh mempromosi keganasan.

Ahmad Zahid berkata Dr. Zakir, 50, akan membuat kunjungan hormat ke atasnya esok.

Dr. Zakir yang sedang mengadakan lawatan ke negara ini untuk menyampaikan ceramah agama telah didakwa oleh beberapa pihak sebagai konon menggugat kententeraman awam dan menyentuh sensitiviti agama lain.

Pada Isnin lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pembatalan forumnya bertajuk ‘Similarities Between Hinduism and Islam’, di Melaka, Ahad ini, bagi mengelakkan majlis tersebut tidak menjejaskan ketenteraman awam dan sensitiviti agama.


Bagaimanapun, sehari selepas itu, Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan membenarkan Dr. Zakir meneruskan ceramahnya di UTeM pada Ahad ini, namun perlu menukar tajuk syarahannya.

Syarahan umum Dr. Zakir yang dijadual diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka diteruskan dengan tajuk baharu iaitu mengenai ‘Women’s Rights In Islam’.

Pada Ahad lepas, Dr. Zakir menyampaikan ceramah di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu dengan dihadiri lebih 30,000 orang, dan Sabtu ini akan menyampaikan ceramahnya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini.

Pengasas Islamic Research Foundation (IRF) itu, yang merupakan seorang doktor perubatan sering menyampaikan ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori