Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aliff Syukri Dipilih Selaku...

POPULARITI yang dikecapi ahli perniagaan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih sinonim dengan...

Mahdzir Ulangi Nasihat Guru...

KUCHING - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengulangi ingatan agar...

Mahkamah: 5 Hari Bicara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan lima hari bermula 26 Sept...

Bomba Sabah Mahu Jadikan...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah bercadang menjadikan Pasukan Mencari dan...

Dr. Zakir Naik Buat Kunjungan Hormat Terhadap Zahid Hamidi

PUTRAJAYA – Pendakwah Islam terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Abdul Karim Naik melakukan kunjungan hormat terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini pada hari ini.

Lawatan itu turut disahkan Ahmad Zahid sendiri yang memuat naik menerusi laman Twitter @Zahid_Hamidi gambar beliau bersama-sama dengan Zakir di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri selepas solat Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun tidak menyatakan secara lebih terperinci mengenai apa perbincangan antara mereka berdua melalui kunjungan tersebut namun ia berlangsung dalam suasana ceria.

Ahmad Zahid pada Khamis mengesahkan Zakir, 50, sebagai ilmuwan bijak yang tidak mempromosikan keganasan sekali gus menepis tohmahan jahat pihak tertentu konon pendakwah India itu menggugat ketenteraman awam.

Malah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada 2013 yang sedang mengadakan lawatan ke negara ini untuk menyampaikan siri ceramah itu juga didapati tidak pernah menyentuh isu sensitiviti penganut agama lain.

Pada Isnin lalu, seorang pemimpin pembangkang mengeluarkan kenyataan biadap apabila menyifatkan Zakir sebagai syaitan yang perlu dihalau balik ke India sebelum memohon maaf setelah dikutuk keras umat Islam.

zahid zakir

Terdahulu, pihak polis membatalkan ceramah Zakir di Melaka pada Ahad ini ekoran bantahan beberapa badan tertentu yang bimbang tajuk ceramah disampaikan boleh mencetuskan suasana tidak baik kepada masyarakat.


Pembatalan itu ditarik balik Ahmad Zahid sehari kemudiannya susulan rayuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta pelbagai pihak berkepentingan termasuk dari UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menjelaskan, tajuk kontroversi ceramah Zakir itu perlu diubah bagi mengelak polemik sekali gus mengajak semua lapisan masyarakat menyaksikan syarahan tokoh cendekiawan tersebut.

Pengasas Islamic Research Foundation itu, yang merupakan seorang doktor perubatan sering menyampaikan ceramah mengenai isu hal ehwal Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. – Mynewshub.cc/HAA

Baca: Dr. Zakir Seorang Bijak, Tidak Promosi Keganasan

Juga: Remaja Peluk Islam Dalam Ceramah Dr. Zakir Naik

Lagi: Celupar Dakwa Zakir ‘Setan’, Pejabat TKM PP Dibom

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori