Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saham AirAsia Jatuh Hampir...

KUALA LUMPUR - Saham syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantau ini, AirAsia,...

PAS Tidak Bertanding PRK...

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan sedia memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri...

Mengapa DAP Paling Berpengaruh...

KEJAYAAN Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 telah mengubah landskap pertadbiran...

“Aku Pergi Kerja, Kau...

ISTERI mana yang tidak berang apabila mengetahui suami bermain kayu dibelakangnya. Lebih-lebih lagi suami...

Dr Wan Azizah Tinjau Persiapan NGO Hadapi Banjir Di Kelantan

KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meninjau persiapan banjir badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Operasi Bencana Pertubuhan Bantuan Bencana NGO (BBNGO) di 12 Kompeni Ubat Askar Wataniah, Kampus Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

Dr Wan Azizah yang tiba pada pukul 10.30 pagi, berada kira-kira 45 minit untuk melihat pameran disediakan NGO yang terbabit dengan pengurusan bencana di Kelantan dan mendengar taklimat berhubung pengurusan banjir oleh Pengerusi BBNGO Prof Dr Dinsuhaimi Sidek.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Beliau turut menyaksikan penyerahan tiga buah ‘mobile repeater’ oleh Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail kepada Dinsuhaimi, Pengerusi Pertubuhan Bantuan Bencana dan Kebajikan Kemahang Rasyiman Aziman Abdul Rahim dan Presiden Four Wheel and Dirt Bike Zulkiflie Said.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa (Komunikasi) BBNGO Dr Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah berkata tiga ‘mobile repeater’ berkenaan akan ditempatkan masing-masing di HUSM Kubang Kerian di sini, Kemahang di Tanah Merah dan Gua Musang.

Dr Mohd Shahrudin Shah yang juga Pensyarah di Jabatan Perubatan Kecemasan HUSM Kubang Kerian berkata universiti berkenaan menerima geran sebanyak RM187,000 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2015 untuk membangunkan ‘mobile repeater’ berkenaan.


“‘Mobile repeater’ ini boleh berfungsi menggunakan bateri kereta dan mampu bertahan selama seminggu. Ia akan digunakan sebagai alat komunikasi antara NGO untuk membantu mengeluarkan pesakit yang terperangkap akibat terputus hubungan ketika bencana berkenaan.

“‘Mobile repeater’ ini boleh memberi liputan di seluruh Kelantan kerana ia menggunakan gelombang radio untuk berhubung,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata sebanyak 40 NGO telah bersepakat untuk membantu agensi keselamatan dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir selepas berdepan bencana di negeri berkenaan pada 2014.

“Terdapat lebih 200 pacuan roda akan digunakan semasa banjir nanti,” katanya. – BERNAMA

Kategori