Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Maharaja Lawak Mega Antara...

PASTI ramai dalam kalangan kita pada hari ini akan bersetuju sekiranya rancangan realiti...

Kelab Free Read Sandakan...

SANDAKAN - Sekumpulan anak muda mengambil insiatif menubuhkan kelab ‘Free Read’ bagi memupuk...

126 Pelajar Malaysia Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz...

Peserta Marathon Kuching 2018...

KUCHING - Peserta luar negara yang menyertai Marathon Kuching 2108 yang dijadualkan berlangsung...

Dr. Soo Wincci Cipta 2 Rekod Dalam MBR

KUALA LUMPUR – Aktres Dr. Soo Wincci, 34, sekali lagi berjaya memecah rekod selepas tersenarai untuk mendapat dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) iaitu sebagai ‘Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen’ dan ‘Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artis’.

Wincci yang juga pernah dinobatkan sebagai Miss World Malaysia pertama menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada 31 Oktober 2016 memberitahu, beliau memanfaatkan tempoh 15 tahun untuk memperoleh 5 ijazah.

Menurut Wincci, antara ijazah yang diperolehnya ialah Ijazah Sarjana Fellowship dalam Pengeluaran Muzik Langsung (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Ijazah Sarjana Pengeluaran, Teknologi & Inovasi Muzik (Berklee Valencia, Sepanyol).

Katanya, dalam tempoh sama juga beliau berjaya memperoleh PhD dalam Pentadbiran Perniagaan (Open University, Malaysia); Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Universiti Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Undang-undang (University of Reading, United Kingdom).

“Tahun 2019 juga merupakan tahun yang ke 10 untuk saya dalam industri bidang seni dan bermula dengan album pertama pada tahun 2009 sebagai seorang Ratu Cantik bagi artis rakaman, pada masa itu, semua memandang rendah terhadap impian saya dan hari ini, selain daripda bergraduasi dan pelancaran single terbaru saya juga mencipta dua lagi record buat untuk Malaysia.

“Single terbaru yang berjaya dihasilkan ialah dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Espanyol selain projek graduasi yang mencipta versi remix dalam 360 audio dan visual yang semua akan dilancarkan pada bulan ini dan Ogos depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sementara itu, Wincci berkata, beliau juga tidak akan berhenti untuk terus memberi sumbangan dan membina impian ke tahap muzik antarabangsa.

“Saya juga baru menerima tawaran daripada sebuah universiti terkenal di Spain iaitu University of Polytechnic untuk melanjutkan PhD yang kedua dalam Artistic Produksi. Oleh itu, saya akan membina kerjaya di Spain selain berhasrat untuk terbang ulang alik ke Asia bagi rakaman televisyen dan persembahan.

“Saya berharap ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua agar bersemangat untuk belajar dan teruskan perjalanan impian semua,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori