Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Netizen Tolak Penyesalan Guan...

KUALA LUMPUR - Usaha Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meredakan kemarahan umat...

Tahap Kepatuhan Tinggi, Rakyat...

KUALA LUMPUR - Kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang...

Gadis ‘Berniqab’ Pandai Menebar...

SUBHANALLAH, sejuk mata memandang sebuah keluarga yang mengusahakan gerai roti canai di Kampung Parit...

Modric Julang Anugerah Ballon...

PARIS - Bintang tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric dinobat pemenang anugerah...

Dr Noor Hisham Terima Anugerah BrandLaureate

PUTRAJAYA – Kepemimpinan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bersama pasukannya menangani penularan pandemik COVID-19 sejak mendapat pengiktirafan dunia, apabila beliau menerima Anugerah BrandLaureate – Kecemerlangan Jenama Kepemimpinan 2020.

Kementerian Kesihatan juga mendapat pengiktirafan daripada pertubuhan antarabangsa, Yayasan Jenama Dunia dengan Anugerah BrandLaureate – Sijil Pengiktirafan dan Penghargaan, atas peranannya membendung dan mengekang penyebaran COVID-19, dalam majlis hari ini.

Berkongsi mengenainya di Facebook, Dr Noor Hisham berkata, beliau berasa sangat rendah diri untuk menerima anugerah berkenaan yang mencerminkan dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap petugas kesihatan dan pelbagai agensi untuk menyalurkan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Beliau berkata, negara berdepan dengan banyak cabaran dan kekangan sepanjang episod pandemik COVID-19 ini, namun bersama-sama mereka berjaya menanganinya.

“Belum pernah kita melihat seluruh jentera kerajaan dan masyarakat bekerjasama demi kesihatan awam, seterusnya menjadikan slogan ‘setiap sektor adalah sektor kesihatan’ satu realiti yang boleh dicontohi pihak lain.

“Terima kasih kepada semua rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang tempoh sukar ini. Marilah kita terus memastikan negara yang kita cintai ini muncul juara dalam peperangan melawan musuh tidak kelihatan ini.

“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita,” katanya dalam hantaran yang dibuat selepas majlis berkenaan.


Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi The BrandLaureate, Tan Sri Rainer Althoff.

Dr Noor Hisham berkata, kementerian itu sudah melakukan pelbagai usaha termasuk meneliti garis panduan, memberikan latihan kepada kakitangan, mengadakan kerjasama dengan kementerian lain serta merancang penggunaan kemudahan bagi menangani penularan COVID-19.

Menurutnya, walaupun sekarang negara mencatat satu digit kes baharu harian tetapi masih ada sebilangan kes kluster yang dikenal pasti.

“Kementerian Kesihatan masih terus menjalankan kerja mengenal pasti, mengesan dan membendung jangkitan COVID-19,” katanya. – BH Online

Kategori