Dr Mahathir Terima Kunjungan Menteri Luar Korea Selatan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha di…

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha di pejabat beliau di sini.

“Kami membincangkan pengukuhan hubungan diplomatik enam dekad Malaysia & Korea Selatan menjelang tahun 2020 dan perluasan Dasar Pandang ke Timur yang memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan selain teknologi digital,” kata beliau menerusi mesej twitter.

Dr Mahathir turut berkongsi empat foto pertemuan beliau dengan anggota delegasi dari Korea Selatan itu.

Turut hadir, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, yang sebelum itu bertemu rakan sejawatannya di Wisma Putra.

Kang dan delegasi beliau sedang melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Ini adalah lawatan pertama Kang ke Malaysia sejak pelantikan beliau sebagai Menteri Luar Korea Selatan pada 18 Jun 2017. – BERNAMA

Loading...