Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pekerja Pub Ditahan Miliki...

MIRI - Seorang pekerja pub di Bintulu berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan...

UMNO Boleh Tawan Semula...

KUALA LUMPUR - UMNO boleh menawan semula Selangor jika seluruh barisan kepimpinan peringkat akar umbi bekerjasama dan menyelesaikan apa juga masalah yang timbul...

Ex-Wife Ally: “Bukan Tak...

KAMI suka betul skodeng Instagram milik bekas isteri pengacara Ally Iskandar dan personaliti...

Pembonceng Motosikal Maut Kemalangan...

TAWAU - Seorang pembonceng maut selepas motosikal yang ditunggang bersama rakannya bertembung dengan...

Dr Mahathir Tegaskan Kepentingan Sebuah Kerajaan Yang Teratur

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghantar mesej yang tegas kepada anggota pentadbiran beliau berhubung hasratnya untuk menekankan tentang peri pentingnya menjadi sebuah kerajaan yang tersusun.

Dalam perjumpaan tertutup bersama pentadbir kerajaan termasuk menteri kabinet, pegawai tertinggi perkhidmatan awam dan para pegawai kerajaan di sini hari ini, Dr Mahathir berkata beliau berusaha untuk menjelaskan tentang keperluan bagi kerajaan untuk menjadi tersusun.

Beliau menegaskan bahawa untuk membolehkan kejayaan dicapai, suatu sistem diperlukan dan ia mesti dilaksanakan dengan cara yang betul.

Perdana Menteri memberi contoh kejayaan orang Eropah menakluk dunia disebabkan keadaan mereka yang teratur manakala penduduk lain di dunia, sungguhpun jumlah mereka jauh lebih besar, namun keadaan mereka tidak tersusun.

“Anda perlu ada suatu sistem, suatu kaedah. Jika anda mahu melakukan sesuatu dan inginkan kejayaan, ia mesti dilakukan dengan cara yang betul,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan mesej itu.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ditemui pemberita berkata, Perdana Menteri turut menekankan pentingnya menteri kabinet dan timbalan menteri bekerja sebagai satu pasukan dengan anggota perkhidmatan awam supaya pentadbiran kerajaan berjalan lancar dan lebih efektif.

“Ia akan mengganggu sekiranya kita tidak memberikan kepercayaan kepada mereka (anggota perkhidmatan awam) kerana Perdana Menteri menegaskan bahawa mereka ialah perkhidmatan tetap.


“Mereka berkhidmat bagi tempoh yang lama sedangkan kami pula perlu menjawab kepada rakyat dan setiap lima tahun kami perlu melalui proses pilihan raya,” katanya.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang turut senada dengan Mohamed Azmin, berkata Dr Mahathir menerangkan tentang kepentingan sistem dan kaedah yang boleh menyebabkan kerajaan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan cara lebih baik dan berkesan.

“Ia termasuk persefahaman antara anggota kabinet, timbalan menteri dan penjawat awam,” katanya. – BERNAMA

Kategori