Mahathir Lawat Zainuddin Di Hospital Putrajaya

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menziarah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya di sini.

Dr Mahathir tiba kira-kira 1 petang dan berada di hospital berkenaan kira-kira 20 minit.

Zainuddin,79, mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sejak 12 Nov lalu setelah anggota keluarganya bimbang keadaannya setelah beliau mengadu sakit dada dan lelah sebelum pihak hospital menempatkannya di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah dikesan paru-parunya berair.

Turut berada di hospital ialah isteri, anak dan cucu Zainuddin. — BERNAMA

Loading...