Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Vida Beauty Tangguh Sementara...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penaja utama pasukan Kelantan,...

Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik bersama anak bongsunya,...

Isu Israel: Beranikah Mahfuz...

PULAK DAH... Adakah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membuat pusingan U...

Zizan Razak Nafi Tak...

PELAKON dan pelawak Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32,...

Mahathir, Abe Adakan Mesyuarat 2 Hala Di Tokyo

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan beliau dari Jepun, Shinzo Abe, di sini pada Selasa.

Sejurus tiba di Pejabat Perdana Menteri di Nagato-cho, Chiyoda-ku di sini, Mahathir memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada pasukan keselamatan Jepun.

Kedua-dua perdana menteri dijangka mengadakan sidang akhbar bersama selepas mesyuarat itu.

Ahad lepas, Duta Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris berkata penerbitan bon Samurai berjumlah RM7.4 bilion, dengan kerajaan Jepun menawarkan jaminan penerbitan, dijangka dibincangkan dengan lebih lanjut semasa mesyuarat dua hala antara Mahathir dan Abe.

Perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu dijangka turut menyentuh tentang projek kereta nasional ketiga dan Dasar Pandang ke Timur.

Kerajaan Malaysia telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan Jepun berikutan penawaran jaminan penerbitan bon Samurai sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) selama tempoh 10 tahun.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tawaran itu dibuat berikutan keyakinan kerajaan Jepun terhadap pentadbiran dan kepimpinan Mahathir.


Penerbitan bon dalam denominasi Yen itu, akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon indikatif 0.65 peratus, dijangka diterbitkan sebelum Mac tahun depan.

Dalam reaksi beliau selepas pembentangan Belanjawan 2019, Mahathir berkata bon itu akan digunakan untuk melunaskan beberapa pinjaman besar yang diambil kerajaan dahulu.

Mahathir kini dalam hari kedua lawatan kerja tiga hari beliau ke Jepun.

Ini merupakan lawatan ketiga beliau ke Jepun selepas menjadi perdana menteri Malaysia bagi kali kedua susulan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei. Lawatan pertama adalah pada Jun manakala yang kedua pula pada Ogos. – BERNAMA

Kategori