Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1,128 Penuntut Balik Kampung...

KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama seramai 1,128 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) akan...

Malindo Air Adakan Semula...

IPOH - Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air mengadakan semula penerbangan dari Ipoh...

Fasha Sorok Bahagia Dulu,...

KATA orang, bahagia jangan ditunjuk sangat dekat orang lain; takut nanti tak sampai...

Terharu…Tunang Shafiqa Janji Untuk...

Tersentuh hati kami mendengar pengakuan luhur tunang kepada gadis cantik yang ditoreh mukanya...

Mahathir Terima Kunjungan Hormat MB Selangor Baharu

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor yang baharu Amirudin Shari di pejabatnya di Perdana Putra, di sini.

Amirudin yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Selangor hari ini, tiba kira-kira 2.30 petang sebelum mengadakan pertemuan selama 40 minit dengan Mahathir bagi mendapatkan nasihat berhubung pentadbiran negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas perjumpaan itu, Amirudin berkata Mahathir mengucapkan tahniah kepadanya serta memberi nasihat berhubung pengurusan dan pentadbiran negeri Selangor.

“Beliau (Mahathir) turut memberi pandangan mengenai fungsi kerajaan negeri untuk membantu perkembangan dan pembangunan negara semua kaum khususnya Bumiputera di negara kita.

“Beberapa aspek pengurusan seperti memastikan rakyat diperkasakan dan dibantu dan bukannya dimanjakan dengan subsidi,” katanya.

Amirudin menyifatkan nasihat dan pesanan daripada perdana menteri itu sangat berguna dan penting kepadanya selaku pentadbir baharu kerajaan negeri Selangor.

Amirudin, 38, semalam mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.


Beliau menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kerajaan persekutuan pimpinan Dr. Mahathir pada 21 Mei lepas.

Ditanya sama ada pertikaian jawatan mengganggu tugasnya, Amirudin berkata : “Insya Allah, saya amat fokus pada hari pertama saya terhadap fungsi dan tugas.

“Kita percaya kepada semangat berpasukan dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Ini semua adalah resepi kecemerlangan yang akan diteruskan.” — BERNAMA

Kategori