Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kekecohan Di Kuil Sri...

SUBANG JAYA - Insiden kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di...

Ibu Bapa & Guru...

HULU TERENGGANU - Ibu bapa dan guru perlu berganding bahu dalam memastikan pelajar...

Pergerakan Bekas Tahanan Militan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui pergerakan dan memantau rapi aktiviti...

Rakyat Bimbang PPSMI Dikembalikan

TINDAKAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil portfolio Menteri Pendidikan mencetuskan kebimbangan...

DPMM Gesa Moratorium Automatik Untuk Semua

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa moratorium pinjaman automatik diberi ke atas semua jenis pinjaman kepada setiap kumpulan rakyat di negara ini sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, DPMM berkata, moratorium itu membabitkan semua pinjaman perbankan, peminjam berlesen, syarikat kredit termasuk kad kredit kepada mereka yang tidak mendapat pendapatan tetap.

Katanya, moratorium itu perlu diberi sehingga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya mencapai 80 peratus atau 27 juta orang mendapat suntikan vaksin.

“Tempoh yang dijangkakan sehingga 31 Disember ini,” menurut kenyataan itu.

Serentak dengan itu, DPMM juga melancarkan kempen mengumpul sokongan secara dalam talian melalui petisyen yang dibuka sejak semalam.

Setakat ini, kempen #SelamatkanRakyatBUKANbank sudah menerima 3,000 sokongan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai RM40 bilion, semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP diberi pilihan mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh enam bulan.

Inisiatif itu akan dilaksanakan segera bulan ini dan dijangka memanfaatkan lebih lima juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.


DPMM berkata, rakyat Malaysia sama ada B40, M40, T20 berhak untuk dapatkan moratorium secara automatik.

“Sejak PKP dilaksanakan sehingga kini, pelbagai golongan rakyat dan usahawan yang terjejas dan terkesan secara langsung dek kerana pelbagai sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan.

“Kita memahami bahawa perkara yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk membendung penyebaran pandemik Covid19. 

“Namun, dalam keadaan kes yang kian meningkat, kita memohon untuk diberikan moratorium terus kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Bagi orang ramai yang mahu menyokong petisyen itu boleh menyatakan sokongan melalui https://www.change.org/SelamatkanRakyatBUKANbank. – BH Online

Kategori