Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga AS Bocor Kes...

SINGAPURA - Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang membocorkan maklumat lebih 14,000 individu...

Pesawat CN235: TUDM Tubuh...

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menubuhkan sebuah Pasukan Lembaga Penyiasatan...

Veteran ATM Sebelahi Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan pihak...

NGO Gesa 2 YB...

PETALING JAYA - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah penyebaran sebuah video yang...

Dos Penggalak Kedua Warga Emas, Individu Berisiko

PUTRAJAYA – Individu berumur 60 tahun dan ke atas boleh menerima dos penggalak kedua secara sukarela dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima suntikan dos penggalak pertama.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara tersebut adalah syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berhubung pemberian dos penggalak.

“Selain itu, individu dewasa berumur 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk (seperti penyakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain) boleh ditawarkan dos penggalak kedua dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima suntikan dos penggalak pertama setelah berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar.

“Remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk (seperti pesakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain) boleh ditawarkan dos penggalak pertama dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima suntikan dos primer setelah berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin Covid-19 dan diikuti dos penggalak pertama telah terbukti boleh mendapat perlindungan optimum daripada jangkitan yang teruk dan kematian.


“Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh yang tertentu terutamanya kepada individu di dalam kumpulan rentan, risiko masih lagi tinggi bagi kumpulan ini untuk mendapat jangkitan teruk, dimasukkan ke hospital dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

“Kementerian Kesihatan juga ingin memaklumkan bahawa pengambilan vaksin dos penggalak kedua ini adalah secara sukarela,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Khairy Jamaluddin berkata, penggunaan ubat antiviral Paxlovid telah dimulakan sejak 15 April bagi merawat pesakit Covid-19 dan sehingga 9 Mei, seramai 173 pesakit yang diberikan rawatan itu sembuh sepenuhya serta tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori