Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anzalna Berat Hati Tinggal...

SETELAH lebih setahun 'hilang' daripada bidang seni, pelakon Anzalna Nasir mengakui masih berat...

Al-Sultan Abdullah Angkat Sumpah...

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengangkat sumpah jawatan sebagai...

5 Pekerja Asing Terbabit...

KUALA LUMPUR: Lima daripada sembilan pekerja asing yang terbabit dalam runtuhan tapak pembinaan...

Jambatan Sementara Kampung Setelu...

GUA MUSANG - Berpuluh kenderaan terkandas kerana tidak dapat melalui jambatan sementara Kampung...

Dos Penggalak AstraZeneca Tingkatkan Antibodi Lawan Omicron

WASHINGTON: Data awal dari ujian klinikal dijalankan ke atas Vaxzevria (vaksin AstraZeneca) menunjukkan ia menghasilkan tindak balas antibodi lebih tinggi terhadap varian Omicron ketika diberikan sebagai suntikan dos ketiga atau dos penggalak.

Hasil ujian klinikal itu dimaklumkan oleh syarikat farmaseutikal AstraZeneca.

Menurut AstraZeneca, dos ketiga Vaxzevria berupaya meningkatkan tindak balas antibodi dalam melawan varian lain seperti Beta, Delta, Alpha dan Gamma.

Jelas syarikat farmaseutikal itu, tindak balas antibodi tinggi itu dapat dilihat pada individu yang sebelum ini divaksin dengan Vaxzevria atau vaksin mNRA.

Tambah AstraZeneca, pihaknya akan menyerahkan hasil data tersebut kepada pengawal selia di seluruh dunia memandangkan terdapat keperluan mendesak untuk dos penggalak.


Dilaporkan, AstraZeneca membangunkan vaksin bersama pasukan penyelidik dari Universiti Oxford .

Ujian klinikal dijalankan pada bulan lalu mendapati tiga dos Vaxzevria berkesan terhadap varian baharu Covid-19 yang mudah dijangkiti dan lebih cepat menular itu.

“Kajian penting ini menunjukkan dos ketiga Vaxzevria selepas dua suntikan awal vaksin sama atau dari jenis mNRA meningkatkan imuniti terhadap Covid-19,” Ketua Kumpulan vaksin Oxford, Andrew Pollard dalam satu kenyataan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori