Doodle Khas Sempena Hari Kebangsaan Arab Saudi

BERSEMPENA dengan sambutan hari kebangsaan ke-87 Arab Saudi, enjin pencarian terkemuka Google melancarkan doodle khas untuk para pengguna tempatan di negara itu.

Mengambil elemen hijau sebagai fokus utama, ia membawa maksud kepelbagaian budaya dan adat menerusi sejarah penubuhan yang dimeterai oleh Raja Abdul Aziz Al-Saud pada 23 September 1932.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia memaparkan lima individu berpakaian tradisional di mana penggunaan ‘thawb’ atau jubah serta abaya hitam melambangkan kehidupan seharian kaum lelaki Arab Saudi.

Tidak setakat Google, aplikasi popular Snapchat juga turut menawarkan pelbagai ‘filters’ hari kebangsaan bagi menyemarakan lagi semangat patriotisme di kalangan pengguna telefon pintar di negara itu.

Tahun lalu, Google Doodle menampilkan tapak warisan dunia UNESCO, iaitu makam Qasr al-Farid sempena Hari Kebangsaan Arab Saudi 2016.

Sebelum ini, kota di Ghutrah, bangunan Jenadriyah dan Kota Raja Fahad turut terpilih untuk menghiasi Google Doodle istimewa ini. – MYNEWSHUB.CC