Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penduduk Taman Serdang Harap...

BANDAR BAHARU - Penduduk Taman Serdang, di sini berharap pihak berkuasa akan segera...

Kit Siang Seru Melayu...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa kaum Melayu terutama ahli dan penyokong PAS telah...

Sukan Asia 2018: Pendekar...

JAKARTA - Berjuang hingga titisan darah terakhir. Itu keazaman pesilat negara apabila akan turun...

Pembesar Suara Paling Cool...

KEPADA anda yang berimpian ingin menjadi bintang muzik Rock, anda pasti pernah juga...

Dokumen Pengenalan Diri Tular Bukan PSS – JPN

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan bahawa gambar dokumen pengenalan diri yang dimuat naik seorang pengguna Facebook baru-baru ini adalah Pas Sementara Sabah (PSS).

JPN memaklumkan dokumen berkenaan yang didakwa pemilik akaun berkenaan, James Stephen sebagai PSS sebenarnya adalah Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS).

“Gambar yang dipaparkan itu bukan PSS seperti yang didakwa, sebaliknya adalah MyKAS yang dikeluarkan JPN berdasarkan Peraturan 5(3)(c), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan mula dikeluarkan pada 1990.

“MyKAS adalah dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada individu yang lahir di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraan mereka tidak dapat ditentukan.

“Pemegang MyKAS adalah bertaraf bukan warganegara dan pemohon perlu memperbaharui kad pengenalan itu untuk tempoh setiap lima tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang pengguna Facebook dengan nama James Stephen yang memuat naik satu dokumen pengenalan diri yang didakwa sebagai PSS.


JPN memaklumkan, MyKAS bagaimanapun hanya dikeluarkan kepada individu yang memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan JPN.

“Pemegang MyKAS juga tidak mempunyai hak dan keistimewaan yang sama seperti individu berstatus warganegara,” katanya.

JPN berkata, untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN atau melayari laman web rasmi JPN di lama web www.jpn.gov.my atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-88807077/7067/7069/8206 atau emel ke [email protected].

Kategori