Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bahasa Arab Boleh Bantu...

KUALA LUMPUR - Pakar linguistik dan cendekiawan dalam dunia kesusasteraan Arab boleh memainkan...

Cabar Parti, Husam Berdepan...

KUALA TERENGGANU - Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berdepan tindakan digantung...

“Saya Sama Sekali Tidak...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan beliau berasa...

IG Femes Hijabista Kini...

WOW! Kerana memiliki ratusan ribu peminat di IG, lima gadis IG Femes kini...

Doktor Nyanyi, Menari Rap Ketika Bedah Pesakit

PAKAR bedah kosmetik, Dr. Windell Boutte kini berdepan tuntutan saman selepas dia dirakamkan menari sambil menyanyi ketika melakukan pembedahan terhadap pesakitnya di dalam bilik bedah.

Ketika itu, dia sedang menyanyi lagu kumpulan rap OT Genasis sebelum membedah pesakitnya, Icilma Cornelius.

Icilma menjalani pembedahan sedut lemak itu beberapa minggu sebelum melangsungkan perkahwinan dan memperolehi PHD.

Anak Icilma, Ojay Liburd mendakwa ibunya kini mengalami kerosakan otak kekal selepas dibiarkan di atas meja bedah selama lebih lapan jam.

“Dia hanya ingin kelihatan menarik ketika menyarung gaun perkahwinannya. Inilah kali pertama saya melihat ibu saya tidak bermaya,’’ kata Ojay.

Semasa pembedahan, jantung Icilma telah terhenti dan dia kini memerlukan penjagaan rapi untuk seumur hidup.


“Anda tidak boleh merawat pesakit dengan cara yang tidak bermaruah ini,’’ kata peguam yang mewakili Icilma iaitu Susan Witt.

Terdapat lebih 20 video koleksi Windell yang menyanyi dan menari dalam YouTube ketika dia membedah pesakit-pesakitnya.

Windell kini berdepan dengan tujuh tuntutan saman daripada pelanggannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori