Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Akan Pastikan Anwar...

WALAUPUN berseteru dalam politik, namun ia tidak menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Pencalonan Dibatalkan: Puteri Thai...

BANGKOK - Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barvanadi yang disingkirkan sebagai calon pilihan raya...

Bapa Gembira Anak Perempuannya...

SEORANG penagih dadah yang membunuh anak lelakinya yang berusia 23 bulan dengan memberikan...

6 Maut, 3 Cedera...

SEREMBAN - Enam maut, dua cedera parah manakala seorang cedera ringan dalam kemalangan...

“Doktor Kenapa Mak Saya Kena Sambung Dengan Mesin?”

“SABAR puan, kan tadi saya dah bagitau. Kandungan oksigen dalam badan mak puan tak cukup. Kami perlu masuk tiub dan sambungkan pada alat bantuan pernafasan.”

“Kalau dah sambung maknanya mak saya akan mati ke?”

Di musim covid ini mesti ramai yang tertanya apa sebenarnya alat bantuan pernafasan (ventilator)? Bagaiamana ventilator membantu pesakit Covid-19 bernafas?

Hari ini saya jelaskan.

Ventilator adalah alat bantuan pernafasan yang disambung dengan tiub (intubasi) dan digunakan bagi membantu pesakit bernafas ketika paru-paru tak berfungsi dengan baik.

Mudah cerita mesin ventilator berfungsi untuk meniup oksigen masuk ke dalam paru-paru supaya pertukaran oksigen dapat berlaku.

Bila doktor akan gunakan ventilator?

Apabila peningkatan kadar pernafasan, kesukaran bernafas dan peningkatan kadar karbon dioksida di dalam darah. Mesin ini juga membantu melembapkan serta menghangatkan udara yang disalurkan agar serasi dengan suhu badan pesakit.

Apakah kesudahan (prognosis) pesakit Covid-19 yang menggunakan ventilator?

Ia bergantung kepada kepakaran, peralatan dan teknologi.

💉 Di China, 3 daripada 22 pesakit Covid-19 yang hidup selepas dimasukkan ICU/ventilator (13.6% survival rate).

💉 Di US, 9 daripada 18 pesakit Covid-19 yang hidup selepas dimasukkan ICU/ventilator (50% survival rate).

💉 Di UK, 33 daripada 98 pesakit Covid-19 yang hidup selepas dimasukkan ICU/ventilator (33% survival rate).


Apa kesan pada pesakit setelah sembuh?

🩸 75% pesakit di ICU dilaporkan mempunyai masalah meracau yang teruk (severe delirium).

🩸 25-50% dilaporkan mempunyai masalah berfikir (cognitive impairment) sehingga setahun.

🩸 25% dilaporkan mempunyai masalah lemah otot berpanjangan.

🩸 10% dilaporkan mempunyai tekanan (Post Traumatic Stress Disorder).

🩸 90% pesakit Covid-19 dilaporkan fungsi paru-paru mereka merosot selepas sembuh kerana sel paru-paru dah berparut (fibrosis).

Jadi duduklah dirumah dan bersyukurlah masih bernafas tanpa bantuan. Jika degil, mungkin kalian berpeluang berada di ICU dan merasai pengalaman bernafas dibantu oleh ventilator.

Kongsikan info ini pada orang lain sebab masih ramai yang belum tahu apa itu ventilator dan kesannya selepas sembuh.

Boleh follow saya Ahmad Samhan dan set See First supaya tak terlepas info lebih menarik selepas ini.

Saya banyak berkongsi ILMU MAHAL di channel telegram saya.
Klik 👉🏻 https://t.me/drsamhan

Dr. Ahmad Samhan

Kategori