Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kekalahan Kepada Pahang Tamparan...

KUALA LUMPUR - Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora mengakui kekalahan 3-1...

Perkhidmatan Mybas Bermula Awal...

PUTRAJAYA – Perkhidmatan bas henti-henti Mybas menerusi Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST)...

Remy Ishak Hilang Kereta...

PELAKON Remy Ishak menerusi laman sosialnya hari ini mendedahkan, kereta Mitsubishi Triton miliknya...

Chong Wei Mara Ke...

KUCHING - Jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran pemain negara mara...

Doktor Keluarkan Kembar Parasit Dalam Perut

MATARAM (Indonesia) – Sekumpulan doktor pakar dari Hospital Nusa Tenggara Barat kelmarin, berjaya mengeluarkan satu fetus dari perut seorang bayi lelaki berusia 10 bulan.

“Pakar kami membuat pembedahan pada bayi itu dan berjaya mengeluarkan fetus seberat 400 gram.

”Fetus ini tidak membesar sepenuhnya dan ia jantina lelaki,” kata pengarah hospital itu, Hamzi Fikri.

Keadaan yang sangat jarang berlaku itu dikenali sebagai “fetus in fetu” yang bermakna satu fetus hidup sebagai parasit di dalam kembar mereka.

Hamzi berkata, sepasukan doktor pakar daripada beberapa bidang mengambil masa selama satu jam setengah untuk mengeluarkan fetus berkenaan.

Menurutnya, bayi yang dikenali sebagai Muhammad Abdalul Zikri Hakim sudah sedar dan kini dipantau rapi oleh doktor di hospital itu.

Ibu bapanya, Usman, 50, dan Asmani, 45, yang berasal dari kampung Letok di daerah Sakra, Lombok Timur membawa anaknya ke sebuah hospital akibat perut kanak-kanak itu yang membesar.


Muhammad dirawat sejak 11 Mac lalu sebelum pembedahan itu dilakukan.

Pada 15 Mac, hasil ujian imbasan menemui objek seperti fetus di dalam perut bayi berkenaan.

Satu pasukan doktor pakar kemudian mengesahkan bayi berkenaan mengalami “Fetus in fetu”. – Agensi/myMetro Online

Kategori