Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nidzam Kecewa Pemain Gagal...

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff kecewa apabila kesebelasan...

Penjenayah Cedera Kereta Dipandu...

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang dipercayai penjenayah memandu kereta jenis Proton Saga...

VIDEO: Kucing Gemuk Pujuk...

Manja dan kelakar! Satu video mula menjadi viral di laman sosial Facebook apabila...

Tindakan Beku Akaun Bapa...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi yang kini diburu oleh pihak berkuasa Malaysia,...

Doktor Keluarkan 2kg Sampah Dalam Perut Lelaki

GOYANG – Seorang lelaki berumur 54 tahun terpaksa dibedah untuk mengeluarkan kira-kira dua kilogram longgokan batu kecil, beberapa penutup botol minuman dan duit syiling di dalam perutnya.

Pendedahan itu dibuat oleh Dr. Pyong Wha Choi menerusi artikelnya dalam American Journal of Medical Case Reports baru-baru ini.

Pada mulanya lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu berasa sakit perut dan berjumpa seorang doktor.

Doktor kemudian mengesan longgokan batu kecil, beberapa penutup minuman dan duit syiling di dalam perut pesakit tersebut selepas melakukan ujian X-ray.

Pesakit yang mempunyai masalah daya intelek yang rendah itu mengaku menelan barang-barang tersebut setiap kali berasa bimbang walaupun dia mengambil ubat penenang.


Doktor juga cuba untuk mengeluarkan barang-barang itu dengan menggunakan tiub khas dari mulut pesakit yang dikenali sebagai kaedah endoskopi namun gagal menyebabkan kaedah pembedahan dilakukan.

“Berdasarkan kes itu, walaupun pesakit tidak pernah mengadu dia pernah muntah tetapi disebabkan terlalu banyak duit syiling dan batu kecil di dalam perut menyebabkannya berasa sakit perut,” kata Choi.

Pesakit itu kemudian dibenarkan pulang selepas sembilan hari dirawat di sebuah hospital. – Agensi

Kategori