Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Shah Hargai...

IPOH - Sultan Nazrin Shah bertitah baginda amat menghargai peranan pelbagai agensi dan...

FifPro Kritik Maghribi Susulan...

MOSCOW - Keputusan untuk membenarkan pemain tengah Maghribi, Nordin Amrabat beraksi hanya selepas...

The Malaysian Insider Henti...

KUALA LUMPUR - The Edge Media Group membuat keputusan menutup portal beritanya, The...

Media Prima Buat Audition...

JIKA sebelum ini kita sering kali disajikan dengan sesi ujibakat untuk pencarian penyanyi...

DOJ Sudah Serah RM1.9 Bilion Dana Berkaitan 1MDB

PUTRAJAYA – Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sudah mengkreditkan sebahagian daripada dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang disita, berjumlah kira-kira RM1.9 bilion (AS$452,363,867.40) ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset.

Kementerian Kewangan memaklumkan, sehingga kini Akaun Amanah di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara telah menerima sebanyak RM16.05 bilion iaitu dana yang disita dan dipulangkan berkaitan 1MDB.

“Jumlah dalam Akaun Amanah ini akan digunakan untuk melunaskan baki hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Setakat ini, kerajaan sudah melunaskan sebanyak RM12.4 bilion hutang 1MDB dan RM3.1 bilion hutang SRC.

“Baki hutang merangkumi prinsipal dan kupon/ keuntungan/ faedah bagi bon, sukuk dan pinjaman berjangka, masing-masing berjumlah RM39.8 bilion (1MDB) dan RM2.57 bilion (SRC),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata baki semasa Akaun Amanah hanya cukup untuk melunaskan prinsipal dan faedah hutang 1MDB untuk tahun 2021 dan 2022 sahaja.

“Baki ini tidak termasuk jumlah penyelesaian sebanyak RM2.83 bilion yang akan diterima dari Kumpulan Ambank dan RM336 juta dari Deloitte PLT. Di samping itu, rundingan juga sedang dijalankan dengan KPMG,” katanya.


Tengku Zafrul berkata, selepas semua dana Akaun Amanah digunakan, kerajaan tetap perlu menanggung obligasi bayaran baki hutang 1MDB memandangkan hutang terbabit disokong oleh kerajaan menerusi Jaminan Kerajaan (Government Guarantee) dan Surat Sokongan (Letter of Support) ketika hutang itu diterbitkan. 

“Pemulihan dana berkaitan 1MDB ini tidak akan dapat dicapai tanpa bantuan dan kerjasama yang sangat baik di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Amerika Syarikat, terutamanya dengan DOJ.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Amerika Syarikat dan mengharapkan kerjasama erat di antara kita ini dapat diteruskan,” katanya.

Beliau menjelaskan, usaha pemulihan aset 1MDB dan SRC yang dilaksanakan kerajaan pada masa ini memfokuskan kepada pihak yang telah menyebabkan kerugian kepada dua entiti itu semasa menjalankan tanggungjawab, sama ada melalui pembabitan secara langsung atau tidak dalam pelbagai operasi serta transaksi 1MDB dan SRC.

“Semua yang terbabit akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas salah laku melalui pembabitan dalam 1MDB dan/atau SRC,” katanya. – BH Online

Kategori