Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Azeez, Abangnya & Pengarah...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri...

Tayar Gerabak Terbakar, Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu...

Mak Ayah Wajib Baca!...

KADANGKALA apabila rakan Facebook berkongsikan artikel yang panjang lebar, ianya akan membuat kita...

“Jangan Bagi Orang Lain...

PETALING JAYA - “Jangan benarkan orang lain membuka pintu belakang.”Demikian pesanan bekas Perdana...

Doa Nora Bahagia: Netizen Puji Sikap Gentleman Jejai

“GENTLEMAN”. Itu yang dilontarkan netizen apabila Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai hadir ke majlis perkahwinan Nora Danish dan pasangannya, Nedim Nazri semalam.

Menerusi perkongsian Jejai di laman Instagramnya, dia menyampaikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut sambil mendoakan supaya mereka mendapat kebahagian hingga ke akhir hayat.

“Tahniah saya ucapkan kepada anda berdua dan mendoakan supaya kebahagiaan rumah tangga kalian terus mekar serta berkekalan hingga ke akhir hayat, Insya-Allah.

“Kepada Nora, semoga anda menikmati setiap detik pada hari bahagia anda ini. Sejujurnya saya gembira anda berdua akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.

“Tahniah! Semoga bahtera perkahwinan dibina dilimpahi segala rahmat dan kegembiraan. Saya pasti Rayqal (anak hasil perkongsian hidup Nora dengan Jejai) dan Dre (anak Nedim daripada perkahwinan pertama) turut berkongsi kegembiraan bersama kalian berdua,” tulisnya menerusi akaun Instagram semalam.

Doa Kebahagiaan Nora: Netizen Puji Sikap Gentleman Jejai

Baca: Nora, Nedim Sah Bergelar Suami Isteri

Seperti yang diketahui, Nora dan Jejai pernah berkahwin pada Jun 2006 namun bercerai kira-kira dua tahun kemudian dengan dikurniakan seorang anak lelaki.

Manakala jika dilihat ruangan komen di Instagram, ramai yang memuji tindakan Jejai yang sangat ‘gentlemen’ kerana masih hadir dan memberikan sokongan buat bekas isterinya, Nora.


Ada netizen yang mendoakan Jejai menemui pasangan yang sesuai dengannya suatu hari nanti dan mampu untuk menikmati kebahagiaan bersama sehingga akhir hayat.

Doa Kebahagiaan Nora: Netizen Puji Sikap Gentleman Jejai

Nedim dalam ruangan komen turut mengucapkan terima kasih kepada Jejai atas doa agar rumah tangga yang dibina dengan Nora akan berkekalan sehingga akhir hayat.

“Terima kasih di atas ucapan, sayang saya untuk anda, pakcik dan makcik kerana hadir pada majlis istimewa kami,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori