Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suspek Pencemaran Toksik Tidak...

JOHOR BAHRU - Pendakwaan seorang suspek kes pembuangan sisa bahan kimia di Sungai...

Orang Asli Khuatir Lojing...

GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli khuatir tanah tinggi Lojing di sini, menjadi...

Produktiviti Penjawat Awam Di...

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata produktiviti hasil kerja kakitangan...

Jus Busuk Dalam Keranda...

PENEMUAN keranda purba yang diperbuat daripada batu granit hitam di Mesir tiga minggu...

Dividen Tinggi KWSP Hasil Pelaburan, Pengurusan Baik

KUALA LUMPUR – Kadar dividen tinggi yang diisytiharkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk 2017, merupakan hasil daripada pengurusan dan pelaburan yang baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

“Alhamdulillah hasil pengurusan dan pelaburan baik, hari ini KWSP isytihar kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah,“ kata beliau menerusi catatan akaun Twitter dan Facebooknya.

Beliau berkata agihan dividen dan pendapatan pelaburan kasar bagi 2017 adalah lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

“Syabas pasukan KWSP!” katanya.

Perdana menteri juga berharap agihan dividen itu, dapat menambah simpanan pencarum serta menjadi bekalan mereka pada masa hadapan.


KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

Jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyak RM48.13 bilion, peningkatan 29.8 peratus dari 2016. – BERNAMA

Kategori