Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Isa Samad Akan Didakwa

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Mohd...

Pijak Gambar Najib, Hadi:...

PERBUATAN biadap peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak...

Kawasan SAR Kelasi USS...

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

Israel Berang Interpol Lulus...

BAITULMAQDIS - Israel berang dengan tindakan Interpol yang mengundi meluluskan Pihak Berkuasa Palestin...

Dividen ASB 2 6.00 Sen Seunit, ASM 5.50 Sen Seunit

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dua dana Harga Tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM), masing-masing sebanyak enam sen dan 5.50 sen seunit.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, pengagihan pendapatan itu melibatkan RM610.7 juta untuk ASB 2 dan RM1.1 bilion untuk ASM.

Menurut beliau, pendapatan ASB 2 akan diagihkan kepada 404,706 pemegang unit yang memiliki 10.4 bilion unit.

“Setakat 28 Februari, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih direalisasi berjumlah RM500 juta. Sementara itu, pendapatan ASM diagihkan kepada 541,758 pemegang unit merangkumi 19.5 bilion unit.

“Setakat 28 Februari lalu, ASM merekodkan pendapatan bersih direalisasi RM800 juta,” katanya dalam pembentangan prestasi PNB 2018, di sini hari ini.


PNB turut mengumumkan agihan pendapatan untuk tiga dana Harga Berubah iaitu Amanah Saham Nasional (ASN) Equity 3 sebanyak 4.10 sen, ASN Imbang 2 (4.20 sen) dan ASN Sara 1 (lima sen).

Kategori