Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat...

KUALA LUMPUR - Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam...

Pos Malaysia Anjur Pameran...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan menganjurkan pameran filateli terbesar di dunia...

Mangsa Banjir Terengganu Meningkat...

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 433 orang daripada...

Tun M Terdesak Perguna...

ALAHAI... Gagal 'menumpang' populariti otai DAP, Lim Kit Siang yang tidak berapa gah...

Diva AA Sanggup Tolak ‘Job’ Lain Demi Sertai 812

BERSEMANGAT… ‘I supposed to go for another job, but I cancel last minute’ semata-semata hendak datang juga ke perhimpunan #DaulatHimpunan812.

Demikian laungan semangat selebriti dan pengacara terkenal tanah air, Azwan Ali yang berkata beliau sepatutnya memang ada panggilan untuk kerja lain pada hari ini, tetapi sanggup batalkan pada minit terakhir.

Kelibat Azwan, 52, yang turut hadiri himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara petang Sabtu turut tarik perhatian ramai pihak.

“Syukur ke hadrat Ilahi apabila Allah SWT masih lagi memberi kesempatan dan ruang kepada ribuan rakyat untuk bangkit dan perhimpunan ini juga sebenarnya adalah perjuangan Diva AA sendiri.

“Inilah rakyat Malaysia dan kita buat perhimpunan secara aman, malah ini adalah satu bentuk perjuangan yang menyebabkan saya sendiri berdebar untuk menghadiri acara himpunan kali ini,” kata Azwan.

Memetik laporan Astro Awani, Azwan yang terkenal dengan gelaran Diva AA itu turut menyifatkan kehadirannya dalam perhimpunan kali ini bersifat peribadi dan tidak membabitkan mana-mana parti politik.

“Ini himpunan pertama saya hadiri sejak tiga dekad menjadi selebriti. Ini kebangkitan seluruh umat Islam khasnya bangsa Melayu secara fokusnya bagaimana kita berjuang untuk kedaulatan Islam.


“Ini juga demi mempertahankan masa depan dan nasib orang Melayu kita sendiri. Diva AA amat berterima kasih kepada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

“Mereka akhirnya membenarkan perhimpunan ‘kesyukuran’ dalam meraikan kejayaan selepas kerajaan menolak ratifikasi ICERD,” kata adik kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu.

Beliau turut menzahirkan perasaan bangga dan terharu apabila melihat kesungguhan ribuan peserta sanggup turun padang dalam cuaca kering teruk semata-mata bagi menyertai perhimpunan berkenaan.

“Walaupun panas, berpeluh Diva AA tetap ok, just look that lovely crowd (lihat sahaja orang ramai), semangat mereka, memang meremang bulu roma tengok,” kata Azwan penuh semangat. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori