Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PNB Agih RM664.22 Juta...

PERMODALAN  Nasional Berhad (PNB) mengagihkan RM664.22 juta pendapatan bagi Amanah Saham 1 Malaysia...

12 Negeri Dijangka Alami...

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda...

“Jangan Buat Spekulasi Mengenai...

PENGARAH, Datuk Farid Kamil menggesa orang ramai agar berhenti membuat spekulasi liar berhubung...

PAN Perak Mangsa Fitnah...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) Perak mendakwa parti itu menjadi mangsa...

Ditinggal Suami Kerana Penyakit, Akhirnya Terbela

DITINGGALKAN suami akibat penyakit Lymphatic Filariasis yang mengakibatkan sebelah kakinya membengkak, nasib Juan Suwanchatree, 44, akhirnya terbela apabila ada insan yang sudi membantunya mendapatkan rawatan pakar.

Juan, yang berasal dari Thailand, mula mengalami penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Saya bertemu doktor yang telah memberikan ubat kepada saya namun ia tidak berkesan sebaliknya kaki saya semakin membengkak.

“Saya juga telah mencuba ubat tradisional namun tidak berkesan,” kata Juan.

Wang simpanannya juga telah habis dibelanjakan untuk rawatan dan bagi menyara hidupnya, dua anaknya terpaksa berhenti sekolah dan bekerja mengambil upah menoreh getah.

Ketika mereka keluar bekerja, Juan dijaga oleh ibu bapanya yang telah tua. Namun nasib baik adalah Bhin yang sering mengembara ke seluruh Thailand bagi membantu golongan miskin, muncul di saat Juan memerlukannya.


Bhin telah memberikan wang kepada Juan untuk rawatan namun percaya wanita itu akan memerlukan wang tambahan untuk rawatan susulan.

Justeru Bhin telah melancarkan kempen membantu wanita berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori