Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Apa Itu Nombor TIN...

Pada 7 Oktober 2022 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan Nombor Pengenalan...

Nelayan China Tangkap Ikan...

BEIJING - Dua nelayan tempatan di tengah China terkejut selepas mereka berjaya menangkap...

Jenazah Pemandu Bas, Anak...

KUCHING - Jenazah dua beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan...

Pencemaran Toksik: Buatlah Kerja...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta membuat kerja betul-betul dalam isu...

Ditangkap Kembali Mencuri Di Kedai Sama

CHONGQING (China) – Seorang wanita yang mencuri pakaian di sebuah kedai di sini ditangkap polis selepas dia datang ke kedai yang sama keesokan harinya untuk mencuri sekali lagi.

Wanita pertengahan usia itu ditangkap kerana mahu mencuri lagi kerana tidak berpuas hati dengan warna pakaian yang dicurinya sebelum ini.

Menurut akhbar Chongqing Business News, wanita itu mencuba sehelai kot, baju dan seluar berwarna hitam di bilik persalinan sebelum keluar tanpa membuat bayaran.

Pekerja kedai berkenaan menyedari tiga helai pakaian yang bernilai 1,000 yuan (RM634) itu hilang pada sebelah petang dan terus membuat laporan polis.

Polis yang datang keesokan harinya untuk membuat siasatan berjaya mengenali suspek melalui rakaman kamera keselamatan.

Namun, tidak lama selepas itu wanita sama tiba-tiba muncul dan dilihat mencuba baju serta seluar hitam yang sama selain sehelai kot merah.


Wanita itu cuba keluar dari kedai berkenaan tanpa membayar, tetapi ditahan polis yang sedang menyiasat kes sehari sebelumnya.

Ketika disoal siasat wanita itu memberitahu polis, dia mahu mencuri sekali lagi kerana merasakan kot berwarna hitam yang dicurinya sebelum itu tidak sesuai dengannya.

Katanya, dia mahu membeli baju untuk menghadiri majlis perkahwinan pada minggu ini tetapi suaminya enggan memberi wang, jadi dia mengambil keputusan untuk mencuri. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori