Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Trafik Dijangka Sesak Di...

SINGAPURA - Aliran trafik di pusat pemeriksaan darat di Woodlands dan Tuas dijangka...

Fouziah Gous Rimas Asyik...

Mulut orang, sememangnya kita tak boleh nak tutup untuk memuaskan hati semua orang. Rasa-rasanya...

Sungai Kupang Cetek Penuh...

BALING : Sungai Kupang didapati semakin cetek kerana dipenuhi pasir, menyebabkan airnya melimpah...

Rupa Kini Adik Comel...

MASIH ingatkah lagi anda dengan adik comel ni?Betapa cepat masa berlalu, adik ini...

Diskaun Tol Kelas 1 Di LDP, Kesas Sempena Aidilfitri

PETALING JAYA – Diskaun tol sebanyak 30 peratus akan diberikan kepada setiap pengguna kenderaan kelas 1 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), manakala 10 peratus untuk pengguna jenis kenderaan sama bagi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) sempena Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata potongan harga tol itu bermula pukul 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada hari pertama Syawal yang dijangka disambut 5 Jun ini.

Kenderaan kelas 1 merupakan kenderaan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi.

“Dianggarkan hampir 516,000 pengguna LDP dan Kesas akan menerima manfaat daripada jumlah RM256,000 subsidi tol yang diberikan pada Aidilfitri tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra dan Iftar Ramadhan LITRAK dan SPRINT 2019 hari ini.

Sazally berkata, sejak 2010 hingga 2018, Litrak memberikan lebih RM14 juta subsidi tol kepada jutaan pengguna lebuh raya ketika musim perayaan.


“Kami berharap menerusi langkah kali ini, kita dapat bersama-sama dengan pengguna lebuh raya untuk berkongsi kegembiraan menyambut dan menyemarakkan Syawal,” tambahnya.

Kategori