Diskaun Tol Hanya Pada Raya Pertama, Itu Pun Sedikit Sangat

KLANG – Menteri Kerja Raya Baru Bian hari ini mengumumkan 23 lebuh raya di negara ini akan memberikan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidilfitri minggu depan.

Diskaun berkenaan akan berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama.

Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuh raya yang terlibat:

  1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33 peratus
  2. Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30 peratus
  3. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20 peratus
  4. Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20 peratus
  5. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20 peratus
  6. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20 peratus
  7. Jambatan Pulau Pinang – 20 peratus (kenderaan Kelas 2 sahaja)
  8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20 peratus
  9. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20 peratus
  10. Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20 peratus
  11. Lebuhraya BESRAYA – 20 peratus
  12. Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15 peratus (semua Kelas kenderaan)
  13. Lebuhraya Grand Sepadu – 15 peratus
  14. Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10 peratus
  15. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10 peratus
  16. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10 peratus
  17. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10 peratus
  18. Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10 peratus
  19. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10 peratus
  20. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10 peratus
  21. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10 peratus
  22. Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10 peratus
  23. Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10 peratus

Selain itu, tiga lagi lebuh raya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu iaitu:

  1. Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) – 10 peratus
  2. Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) – 20 peratus
  3. Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja – 10 peratus untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun.

Loading...